Selasa, 5 Februari 2013

Gaya Pakai Tudung Bawal Terkini

Ini adalah gaya terbaru dalam memakai tudung bawal. Sekarang ini ramai yang memakai tudung mengikut gaya mereka yang tersendiri dan kemudiannya menyebarkannya kepada umum tentang cara-cara memakainya di dalam laman-laman sosial. Sebab itulah terdapat banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk memakai tudung bawal. Antaranya:



Ini adalah fesyen yang paling diminati oleh kebanyakkan remaja di luar sana. Gaya pemakaiannya adalah sangat ringkas namun dengan sentuhan yang kreatif ia dapat membuatkan tudung ini nampak cantik dan kreatif sekali.Pada mulanya gaya ini dimulakan pada selendang namun ia telah diterap pada tudung bawal pula dan menjadi antara kegemaran kepada penggemar tudung bawal. 




Ini pula gaya pemakaian tudung bawal 2 lapis. Walaupun ia nampak sangat rumit namun ia tidak serumit yang disangka.Kita boleh belajar untuk memakainya dari blog-blog ataupun dari YouTube.Paling pnting kita harus bijak dan berani untuk bergaya.





Ini pula tudung bawal yang mempunyai jurai-jurai pada hujungnya. Tudung ini tidak perlu untuk bergaya lebih-lebih kerana ia sudah mempunyai hiasan tersendiri dan sudah sedia cantik..Sekarang ini sudah banyak trend yang sudah ditunjukkan seperti gambar. 




Ini adalah antara trend yang terbaru dalam cara pemakaian tudung bawal masa kini. Caranya tidak susah jadi ianya menjadi antara trend yang paling digemari pada masa kini. Walaupun cara ini nampak agak tidak kemas namun ia tetap menjadi kegemaran dan menjadi trend yang diikuti.




Cara ini adalah antara cara yang paling digemari oleh penggemar hijabista pada masa sekarang. Tetapi cara ini agak susah namun kita boleh mempelajarinya melalui laman-laman web dan blog-blog. Ianya nampak cantik dan sesuai untuk mereka yang mementingkan penampilan sehari-harian mereka. 




Ini adalah antara cara untuk memakai tudung bawal dengan membawa hiasan yang sepatutnya berada di belakang ke depan. Jika dulu kita pasti akan pelik jika melihat ada orang memakai tudung sebegini. Namun sekarang ia tidak menjadi apa-apa masalah dan ia akan dilihat lebih trendy dan unik memakai tudung dengan gaya sebegini. 


Kini sudah banyak trend yang boleh dilakukan untuk menggayakan tudung anda. Anda hanya perlu bijak untuk memilih gaya yang anda suka. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan