Jumaat, 1 Februari 2013

Jenis Kain yang diguna untuk Buatan Selendang

Selendang sekarang sudah terlalu banyak di pasaran. Kini kita hanya memilih sahaja untuk pakai selendang dari jenis apa. Terdapat pelbagai jenis selendang yang terdapat di pasaran. Antaranya...

selendang jenis cotton



Selendang ini sangat selesa. Ini kerana ianya menyerap peluh, tidak terlalu tebal, dan kainnya pula tidak licin memudahkan ia untuk dipakai.Oleh sebab itu ia menjadi antara tudung yang paling digemari di Malaysia. Negara kita beriklim panas dan sejuk sepanjang tahun.Selain itu juga selendang cotton ini juga senang untuk dipakai kerana ia mudah untuk dibentuk. Selendang ini juga agak susah untuk berkedut. Juga terdapat jenis yang memang sengaja direka untuk berkedut.Selain itu terdapat juga selendang jenis yang dipenuhi dengan corak.


selendang jenis sifon

Selendang Sifon Halfmoon Paddlepop

Jenis kain ini adalah yang berkilat dan agak licin. Namun selendang ini juga senang untuk dibentuk. Jika sebelum ini selendang ini dicipta dengan 1 warna sahaja pada satu-satu tudung,namun kini terdapat banyak warna pada sehalai tudung.Selendang yang terlalu banyak warna juga dipanggil selendang pelangi.

selendang jenis beropol 



Ini adalah antara salah satu trend yang terbaru dalam pemakaian tudung. Apabila memakai tudung ini kita tidak perlu untuk bergaya dengan lebih-lebih kerana corak yang ada pada tudung  itu sendiri sudah membuatkan selendang itu nampak sangat cantik. Kita boleh bergaya dengan gaya yang paling ringkas.


selendang halfmoon




Terdapat juga satu jenis selendang yang terbaru iaitu jenis selendang halfmoon. Selendang ini sama seperti tudung selendang lain namun yang menjadi kelainan ialah bentuknya. Ianya terdapat sedikit lengkungan pada hujung selendang itu. Terdapat juga selendang halfmoon yang dihiasi dengan manik-manik dan hiasan lain pada bahagian atas. Pada asasnya selendang ini sama sahaja dengan selendang-selendang lain di pasaran.


selendang manik




Selendang ini juga merupakan salah satu cara pamakaian tudung yang cantik di samping ia sudah siap sedia dihiasi dengan manik-manik pada hujungnya. kita tidak perlu untuk bergaya secara berlebih-lebihan. 


selendang jenis pashmina 



Selendang ini jenis yang panjang dan agak tebal. Namun ia masih menjadi kegemaran ramai hijabista. Ini kerana selendang ini sangat senang untuk dibentuk. Walaupun trend ini sudah agak lama namun ia masih menjadi kegemaran terutama sekali kepada anak-anak muda masa sekarang.

Ramai yang suka untuk menggayakan selendang kerana ianya senang untuk digayakan. Walaupun ia agak panjang,ada yang tebal dan besar tetapi ia tidak menjadi masalah kerana sekarang telah banyak gaya yang telah ditunjukkan untuk memudahkan pemakaian selendang ini.. Jadi kita hanya perlu bijak untuk mengenakan gaya dan jenis selendang yang sesuai dengan diri kita. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan