COTTON
Antara banyak-banyak jenis bahan yang digunakan dalam pembuatan tuudung atau selendang, cotton adalah antara jenis yang paling digemari ramai. Ini kerana cotton sangat sesuai dengan iklim di negara kita. Ianya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis Oleh kerana itu udara dapat memasuki ke dalam selendang yang kita pakai.
SIFON
Ini juga adalah antara salah satu jenis yang menjadi kegemaran para wanita di Malaysia. Ini kerana sifon juga antara bahan yang tidak terlalu panas dan ianya tidak terlalu tebal. Golongan remaja amat meminati jenis ini kerana selain ringan , ia langsung tidak panas.
LYCRA
Tudung dari jenis lycra juga selesa dipakai. Ini kerana kita akan merasa sejuk dan selalunya tudung yang diperbuat dari lycra ini akan cantik terletak di wajah kita. Tudung ini tidak muudah berkedut dan penjagaannya tidak begitu rumit.
SATIN
Satin adalah antara salah satu yang menjadi kegemaran ramai pihak. Ianya mempunyai permukaan yang licin tetapi jika kita pandai dalam memakainya satin merupakan satu jenis bahan yang sangat selesa. Ianya tidak panas dan sangat sesuai dengan iklim di negara kita.
Ini adalah antara jenis-jenis bahan tudung dan selendang yang menjadi kegemaran para hijabista di negara kita. Setiap orang mempunyai jenis yang mereka sukai dan ada yang suka mencuba semua jenis selendang dan tudung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan