Semua wanita suka membeli belah. Namun apakah personaliti anda dalam membeli belah? Adakah anda pembeli di atas talian atau lebih suka mengunjungi premis jualan? Untuk kepastian, anda bolehlah mencuba kuiz kami ini.
1. Adakah anda sering terasa ingin pergi membeli belah apabila anda tertekan?
a) Ya
b) Tidak
2. Anda lebih gemar membeli belah secara atas talian atau membeli di kedai fizikal?
A) Membeli belah di kedai fizikal
3. Bila anda gemarkan sesuatu barangan fesyen, anda akan mencubanya atau membelinya serta merta?
A) Saya akan membeli barang tersebut serta merta
B) Saya akan mencubanya dahulu untuk melihat sama ada sesuai dengan diri sendiri atau tidak
4. Adakah anda sering membeli belah secara berlebihan daripada yang anda berniat untuk membeli?
A) Ya
B) Tidak
5. Adakah anda seorang yang tidak dapat menahan nafsu membeli belah apatah lagi andai ada jualan murah atau diskaun?
A) Ia bergantung kepada barang yang ditawarkan, kerana barang yang ditawarkan secara diskaun selalunya sudah 'outdated'.
B) Pastinya saya akan membeli sesuatu tidak kira apa barang yang ditawarkan
6. Bagi anda, membeli belah atas talian atau secara fizikal lebih banyak pilihan?
A) Bagi saya membeli belah secara atas talian lebih banyak kelebihan kerana kita dapat menjimatkan tenaga, malah kita tidak perlu buang masa kita untuk pergi ke pusat membeli belah untuk memilihnya dan beratur. Harga dan servis yang ditawarkan juga memudahkan pelanggan.
B) Kalau diberi pilihan, saya akan memilih untuk membeli belah secara fizikal. Antara sebab-sebabnya, kita dapat mencuba dan melihat sendiri material dan saiz yang ditawarkan oleh sesebuah kedai.
7) Harga yang ditawarkan di butik fizikal dan butik atas talian banyak bezanya. Tapi apabila membeli atas talian, kita perlu membayar kos penghantaran mengikut barang yang dibeli. Bagi anda, adakah harga yang ditawarkan di atas talian berpatutan?
A) Harga barang di atas talian jauh lebih murah daripada membeli barang di butik fizikal
B) Betul, harga di kedai fizikal mungkin agak mahal berbanding butik atas talian, tetapi kualiti jauh lebih baik.
8) Sebagai pembeli anda akan melihat pada harga atau kualiti?
A) Saya akan lihat pada kuantiti, kerana bila kualitinya bagus kita dapat memakai sesuati barangan tersebut dalam jangka masa yang lama.
B) Saya akan lihat pada harga. Kalau sesuatu barang itu murah, saya dapat membeli lebih banyak barang dan dapat menukarnya setiap hari.
SEMAK JAWAPAN ANDA
Jika jawapan anda lebih kepada 'A'
Membeli belah dalam talian menjadi pilihan anda kerana ia mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk orang-orang yang sibuk bekerja dan belajar. Anda tidak mementingkan kualiti tapi anda pentingkan kuantiti! Setiap hari menyarungkan sesuatu yang baharu membuatkan hari anda ceria. Malah bagi anda, perkara yang mudah kenapa harus disusahkan. Membeli belah atas talian dengan harga berpatutan, servis yang ditawarkan dan barangan yang dibeli tiba terus ke muka pintu rumah. Fuhh, mudah sungguh!
Jika jawapan anda lebih kepada 'B'
Anda masih suka perasaan berada dalam dunia realiti yang sebenar di mana anda suka membeli belah di butik-butik fizikal. Mungkin sesetengah-setengahorang akan memanggil anda cerewet kerana anda akan membeli belah hanya selepas dapat melihat, menyentuh, dan memcuba barang tersebut. Ia boleh membuatkan anda membeli lebih banyak daripada membeli belah di atas talian, kerana kepuasan yang anda dapat jauh lebih menyeronokkan.
Jadi,anda boleh lihat bagaimana karakter anda dengan melakukan kuiz ini. Tap pastikan jangan menipu tau. Jujurlah dan lihat adakah anda kenal diri anda sendiri. Cubalah, pasti seronok!