Tudung yang tidak pernah luput dan sentiasa menjadi kegemaran para wanita ialah tudung dari jenis sifon. Walaupun tudung jenis ini perlu di gosok rapi agar tidak berkedut, namun apa yang membuatkan tudung ini menjadi perhatian ialah ia kelihatan sangat mewah apabila dipakai. Walaupun harga tudung jenis ini tidak terlalu mahal, namun jika pandai menggayakannya anda akan kelihatan sangat menawan.
Shawl Standard Jameela Chiffon Manik Tepi Eksklusif Biru. Ini adalah antara tudung yang menjadi kegemaran para wanita yang pentingkan gaya yang mewah. Warna biru ini juga sangat lembut dan cantik jika dipadankan dengan pakaian yang berwarna pink atau kuning yang bercorak. Pasti penampilan anda cukup menawan pada hari tersebut.
Tidak dapat dinafikan warna merah pasti akan membawa aura bertenaga dan berani kepada pemakai. Oleh itu pakailah warna merah jika anda ingin mendapatkan sumber kekuatan seperti pergi temu duga atau berjumpa pelanggan. Selain itu warna merah juga boleh memberikan keyakinan yang tinggi kepada si pemakai.
Wajib bagi seorang wanita untuk mempunyai sehelai tudung yang berwarna hitam dalam almari mereka. Ini kerana tudung yang berwarna hitam boleh menjadi penyelamat apabila diperlukan. Warna hitam sangat senang untuk dipadankan dengan apa warna sekalipun.
Selain warna-warna asas, para wanita kini juga menggemari tudung yang berwarna turquoise. Warna ini adalah warna campuran antara warna biru dan warna hijau. Warna tudung ini sangat lembut menjadikan ianya sangat digemari para wanita. Tudung ini boleh dipadankan dengan pelbagai warna pakaian termasuk biru, hijau dan sebagainya. Tapi pastikan pakaian yang dipakai bercorak dan tidak terlalu terang warnanya. Takut nanti akan menenggelamkan warna tudung.
Ini adalah antara koleksi tudung yang ada dalam Koleksi Shawl Standard Jameela Chiffon Manik Tepi Eksklusif. Terdapat beberapa lagi warna yang ada di tudung2u.com.my yang boleh anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan