Selendang merupakan salah satu antara hijab yang dipakai oleh wanita-wanita di Malaysia. Dari zaman nenek moyang kita lagi selendang ini telah dipakai namun yang berbeza adalah cara pemakaiannya. Walaubagaimanapun, selendang tetap popular dalam kalangan penggemar-penggemarnya kerana ia bukan sahaja senang untuk pakai tetapi ia mudah dan cantik. Mari kita lihat antara cara-cara untuk memakai selendang yang mudah yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan kita yang serba moden dan pantas ini.
Anda kenal siapa wanita cantik ini? Sudah semestinya kan.. Inilah Hana Tajima, pereka fesyen yang terkenal serta kawan kepada penyanyi Malaysia, Yuna. Dia menetap di London dan menjadi pereka fesyen di sana. Dia telah menjadi bualan hijabista kerana trendnya yang menjadi ikutan di Malaysia. Lihat saja kepada fesyen selendang yang dipakai di dalam gambar. Trend ini betul-betul mencetuskan fenomena kerana ramai yang mengikut fesyen ini sampai ke hari ini.
Walaupun nampak senang dan ringkas, namun ramai yang meminati trend ini. Hana Tajima berjaya memikat hijabista di Malaysia dengan trend yang diciptanya yang kelihatan bersahaja.
Rumitkah gaya seperti ini? Sebenarnya ia nampak saja seperti rumit,namun ia tidak serumit yang disangka. Ia seperti gaya pertama namuan ada sedikit perubahan pada depan dimana ia telah dipanjangkan. Jika kita kreatif, bnyak gaya selendang yang kita boleh aplikasikan.
Ini pula gaya yang sangat-sangat 'simple' dan ramai yang menggemarinya. Letak sahaja selendang di atas kepala dan pusingkan agar tidak terlampau mendedahkan leher. Tetapi pastikan anda memakai anak tudung di dalam tau. Gaya ini sesuai untuk mereka yang ingin bergaya tetapi tidak mempunyai banyak masa.
Selendang yang digunakan selalunya daripada kapas kerana ia sangat selesa dan sesuai untuk iklim di negara kita. Stail yang Hana bawakan kali ini sangat ringkas tetapi sangat menarik dan sesuai untuk digayakan oleh sesiapa saja.
Saya pasti ramai diantara anda yang sudah pun memakai tudung dengan gaya ini. Letak sahaja selendang di atas kepala dan ambik bahagian kiri atau kanan,mengikut keselesaan, kemudian selempangkan. Sebelah lagi dibiarkan di depan. Mudah bukan?
Walaupun ia seperti sama dengan gaya-gaya yang lain namun ia telah diubah sedikit. Selalunya Hana akan memakai selendang panjang atau pashmina untuk memudahkan dia bergaya. Jadi dia boleh melilit selendang itu mengikut keselesaan dan mengikut daya kreativiti dia yang tersendiri.
Ini pula antara gaya yang paling ringkas dan juga menarik yang boleh kita contohi daripada Hana. Dia telah menjadikan selendang sebagai sesuatu yang sangat ringkas walaupun kebanyakkan orang mengatakan selendang ini sangat rumit Lihat saja selendang yang Hana pakai yang telah dibiarkan lepas seperti itu. Sangat cantik walaupun sederhana.
Hana Tajima telah memberi impak yang paling besar dalam industri fesyen di Malaysia. Dia telah menjadikan selendang yang rumit sebagai sangat senang dan mudah. Dan dia juga telah menjadi ikon fesyen di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan