Rabu, 10 April 2013

Tudung dan Selendang di Malaysia

Tudung dipakai untuk menutup aurat bagi umat Islam. Namun kini ia telah diolah untuk menjadikan tudung ini lebih menarik
.Jika di negara Arab Saudi, kebanyakkan wanita lebih gemar menggayakan jubah atau baju yang berwarna hitam. Ini sudah sinonim dengan budaya mereka. 
Jika di negara kita pula, kita lebih suka kepada pakaian atau tudung yang berwarna-warni. paling kurang kita akan ada satu warna yang terang dan kita akan gabungkan dengan warna tudung yang kita pakai. 


  

Contohnya jika kita memakai tudung yang berwarna merah kita akan gabungkan dengan warna-warna lain seperti hitam. Jika kita memakai warna biru pula kita akan menggabungkan dengan warna kuning atau hijau. 


Tudung Bawal Bintang Sulama Batu   Tudung Bawal Manik

Ini pula tudung yang mempunyai warna-warna yang ceria dan tidak memerlukan kita untuk memadankan dengan baju yang bercorak. Selalunya baju yang kosong atau 'plain' yang akan dipakai dengan tudung yang mempunyai corak dan warna seperti ini. Ini bertujuan untuk tidak membuatkan pemakai nampak berserabut. 

Selendang Panjang Corak Leopard  Selendang Butterfly Ropol

Ini pula cara pemakaian selendang. Jika kena dengan gaya, pemakai akan nampak lebih cantik dan tidak perlu untuk melebih-lebih dalam menggayakan selendang. Sekarang sudah banyak jenis selendang yang dicipta untuk memudahkan pemakai. Contohnya seperti selendang di atas. Warnanya yang berwarna-warni membuatkan pemakai tidak perlu bersusah-payah untuk memikirkan cara untuk menggayakan selendang itu.


Tudung Bawal V-Shape Zebra Black  Tudung Bawal V-Shape Chelsea Blue

Ini pula tudung ynag sudah mempunyai perhiasan di sekelilingnya. Jadi ini mempermudahkan jika kita kesuntukan masa dan tidak sempat untuk bergaya. Tudung ini membantu kerana kita tidak perlu memperuntukkan masa yang lama untuk memakai tuduung itu.  

Setiap negara mempunyai cara masing-masing dalam bergaya dan ia bergantung kepada diri masing-masing untuk membawa sesuatu gaya itu dengan cara sendiri. Tapi apa yang penting ialah kita memakai tudung untuk menutup aurat dan bukan untuk berfesyen semata-mata. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan