Ada yang pernah bertanya, kenapa tudung segera lebih mahal daripada tudung bawal? Namun tidak semua tudung segera yang harganya lebih mahal dari tudung bawal. Harga tudung itu bergantung kepada rekaan dan perhiasan yang digunakan untuk tudung itu sendiri. Contohnya seperti tudung bawal yang kosong. Pasti harganya tidak akan mahal. Namun apabila tudung bawal itu dijahit dengan manik atau labuci, pasti harganya akan menjadi mahal.
TUDUNG BAWAL LABUCI
Ini adalah contoh tudung bawal yang telah dijahit dengan labuci dan manik-manik. Pada mulanya ini adalah tudung bawal plain yang biasa. Setelah dijahit manik pada bahagian atas tudung ini, ia nampak sangat cantik dan menyerlah. Dan ia juga menjadikan tudung ini nampak sangat mewah.
TUDUNG BAWAL CORAK EKSKLUSIF
Tudung bawal ini juga antara tudung bawal yang mahal. Ini kerana corak tudung bawal ini adalah ekslusif dan menarik. Oleh itu walaupun harganya agak mahal sedikit daripada tudung-tudung bawal yang biasa kita lihat di kedai-kedai.
TUDUNG BAWAL SULAM
Tudung ini mempunyai sulaman di bahagian hujung menjadikan tudung ini sangat cantik. Warna yang terdapat pada tudung ini juga banyak jenis. Tona yang digunakan juga menjadikan ia menarik dan ceria. Sulaman itu sendiri telah menjadikan tudung itu kelihatan eksklusif.
TUDUNG BAWAL V-SHAPE
Pernahkah anda melihat tudung bawal seperti ini? Ini adalah tudung bawal yang telah dihiasi dengan corak pada bahagian hujungnya. Tudung ini mempunyai corak yang unik iaitu corak harimau bintang. Ramai yang menggemari tudung ini kerana ianya mudah untuk dipakai dan cantik.
TUDUNG AWNING LAYER CORAK BUTTERFLY
Tudung segera ini pastinya mahal. Kita sudah dapat mengagak melalui rekaan dan corak yang terdapat pada tudung itu sendiri. Ditambah pula dengan kerongsang yang ada pada bahagian depan tudung itu.
salam.sy ade menjual tudung bawal plain kangaroo.
BalasPadam1-10 helai rm5/pcs
11-30 helai rm 4.80/pcs
31 keatas rm 4.50/pcs
all excluded postage,cod serdang,the mines,cheras.
Berminat boleh whatapps 0177671971-ain mesej 0108263690-ain