TUDUNG BAWAL CEKIK TEPI
Ini adalah antara tudung bawal yang paling terbaru yang ada di pasaran. Tudung ini selalunya mempunyai 2 warna dan ia mempunyai perhiasan di bahagian tepi.
TUDUNG BAWAL CEKIK TEPI BATU
Ini pula tudung bawal cekik tepi yang mempunyai batu. Tudung ini berbeza sedikit dengan tdung bawal cekik tepi biasa kerana ia tidak mempunyai batu-batu sebagai perhiasan.
TUDUNG BAWAL POLKADOTS
Seperti tudung-tudung bawal lain, tudung bawal ini mempunyai saiz yang sama namun apa yang berbeza ialah ia mempinyai corak polkadot dan ia mempunyai tona warna yang berbeza. Dari warna yang terang kepada warna yang paling pudar.
TUDUNG BAWAL CORAK
Jika sekali kita melihat tudung ini kita akan menyangka ia adalah selendang. Coraknya sangat menarik dan abstrak. Pemilihan warna yang lembut juga membuatkan tudung ini sangat unik.
TUDUNG BAWAL ROPOL
Tudung bawal ini sangat cantik kerana pada bahagian hujungnya terdapat ropol-ropol yang menambahkan lagi kecantikan tudung ini. Tudung ini mempunyai satu warna sahaja namun ropol telah menjadikan ia satu tudung yang sangat cantik.
Tudung bawal merupakan tudung yang tidak pernah kelinggan zaman. Ini kerana sentiasa ada pihak yang akan menghidupkan pemakaian tudung ini dan gaya pula sentiasa diperbaharui. Oleh itu tudung bawal tidak akan pernah ketinggalan zaman selagi ada yang terus menghidupkan tudung bawal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan