Isnin, 21 Oktober 2013

Warna Warni Tudung dan Selendang

Untuk mendapatkan gabungan yang cantik, kita patut pandai dalam menggabungkan warna dalam pemakaian kita sehari-hari. Oleh itu, untuk bijak dalam pemakaian kita harus selalu melihat majalah atau sebagainya. Ini antara padanan yang sesuai dalam pemakaian tudung sehari-hari. 


Tudung awning lycra cotton lace tepi merah
Maya Tudung Awning Lycra Cotton Lace Tepi Merah

Tudung ini sangat sesuai untuk dipadankan dengan baju yang berwarna biru yang lembut kerana warna merah ini sendiri sudah sangat terang. Selain warna biru, tudung ini juga boleh digabungkan dengan warna-warna lain yang lembut seperti pink atau hitam.


plain selendang halfmoon oren
Plain Selendang Half Moon Oren

Selendang ini juga agak susah untuk dipadankan dengan pakaian. Kita harus pandai dalam memilih yang mana paling sesuai untuk kita. Seperti tudung ini, kita boleh padankan dengan warna yang agak terang seperti ungu gelap, coklat gelap dan sebagainya.


selendang panjang satin corak tribal biru
Dahlia Selendang Panjang Satin Corak Tribal Biru

Untuk selendang ini pula kita harus padankan dengan baju atau pakaian yang plain. Contohnya seperti baju yang mempunyai warna merah yang agak pudar atau biru yang pudar. Ini kerana tudung ini sudah terang dan terlalu menonjol. Oleh itu kita tidak harus padankan dengan warna yang terlalu terang. 


selendang halfmoon kelabu
Aisyah Selandang Half Moon Kelabu

Selendang halfmoon ini agak senang untuk dipadankan dengan apa-apa warna sekalipun. Antaranya dengan warna hitam atau pink. Kita boleh pakai pakaian yang agak terang kerana warna kelabu agak senang untuk dipadankan dengan warna lain. 

selendang halfmoon corak kelabu

Azura Selendang Half Moon Corak Kelabu

Selendang ini sangat sesuai untuk dipakai dengan baju yang plain kerana ia mempunyai corak yang sangat padat. Bagi yang menggemari corak ular yang unik seperti ini boleh memadankan selendang ini dengan baju plain yang berwarna biru, hijau muda atau pink. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan