Rabu, 30 Oktober 2013

Bijak Menyesuaikan Diri dengan Warna dan Pakaian sekitar kita

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup bijak atau pandai dalam sesuatu perkara. Terutama sekali dalam bab pemakaian. Jadi kita memerlukan penasihat peribadi yang boleh tolong mengkritik kita. Namun kadang-kadang kita terlebih dalam pemakaian kita. 

halfmoon sifon 3 tone

Selendang Half Moon Chiffon 3 Tone

Selendang ini sudah mempunyai pelbagai warna. Oleh itu kita tidak sepatutnya memadankan selendang ini dengan baju yang berwarna-warni. Untuk lebih selamat, cuba padankan selendang ini dengan baju berwarna hitam. Ataupun kita boleh juga memakai baju yang berwarna biru muda atau merah muda.


shawl halfmoon merah

Sabrina Shawl Half Moon Merah

Selendang halfmoon ini mempunyai lace. Lace ini boleh dipakai di atas kepala atau boleh dipakai di sisi mengikut hasil kreativiti masing-masing. Selendang ini boleh dipadankan dengan baju yang berwarna gelap seperti hitam. Jika mahu anda lebih berani, apa kata padankan dengan baju yang berwarna biru atau kuning.


shawl halfmoon corak

Selendang Half Moon Corak


Selendang halfmoon ini mempunyai corak yang sangat padat dan agak serabut. Oleh itu. kita harus memadankan selendang ini dengan baju yang plain dan tiada corak. Jika tidak kita akan nampak terlalu sarat dan serabut. Kita boleh memakai pakaian dari warna pastel seperti biru atau hijau.

shawl halfmoon pink

Aisyah Selandang Half Moon Pink

Selendang halfmoon ini pula sangat sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai warna baju. Walaupun ia berwarna pink tidak bermakna kita harus memakai pakaian yang seakan-akan pink atau merah. Kita boleh padankan dengan baju yang berwarna biru lembut atau ungu. Ataupun kita juga boleh padankan dengan warna kuning terang, coklat dan warna-warna yang agak tua. Kita harus pandai bermain dengan warna agar tidak nampak keterlaluan.

Kita harus bijak menyesuaikan diri dengan warna dan pakaian sekitar kita. Jangan terlalu memikirkan untuk mengikut fesyen hingga kita sanggup kelihatan tidak cantik di mata masyarakat. Kita harus memakai pakaian yang selesa pada diri kita dan pakaian kita seiring dengan fesyen semasa. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan