Tudung dan warna memeng tidak dapat dipisahkan. Ada sesetengah wanita menggemari tudung dari warna lembut dan ada juga yang menggemari tudung dari warna terang dan menyerlah.
shawl labuh satin corak kuning
Kuning selalunya dikaitkan dengan warna yang menonjol dan terang. Tetapi kali ini selendang ini didatangkan dengan warna kuning yang sangat lembut. Disamping corak yang unik dan pelbagai, warna kuning itu sendiri telah menjadikan selendang ini sangat cantik.
shawl halfmoon sifon plain hijau mint
Ini adalah warna hijau mint atau pudina. Warna hijau ini sangat lembut. Warna ini sangat jarang dijumpai oleh itu ianya menjadi pilihan kebanyakan wanita. Susah untuk mendapatkan warna hijau ini. Kerana kebanyakan yang ada ialah hijau terang atau hijau tua.
tudung awning sifon layer plain bunga satu
Ini ialah warna ungu yang sangat muda. Ungu ini sangat lembut dan telah dipadankan dengan warna putih menjadikan warna ini semakin lembut. Warna seperti ini sangat susah dan jarang untuk diperolehi. Oleh itu tudung ini sangat unik.
tudunng awning layer lycra
Ini ialah warna krim. Warna ini sememangnya agak lembut dan ianya tidak susah untuk dicari. Warna krim boleh digabungkan dengan pelbagai warna terutamanya warna-warna yang terang. Warna ini seakan -akan warna kulit kita.
Ramai yang meminati warna-warna lembut. Adakalanya ia mewakili sifat seseorang yang bersikap lembut. Namun tidak semua yang seperti itu. Warna-warna ini bergantung kepada individu dan bagaimana mereka melihat sesuatu warna itu. Kadang kala mereka akan menilai warna apa yang sesuai dengan mereka dan warna apa yang tidak sesuai. Namun apa yang penting ialah kita harus bersederhana dalam semua benda yang kita buat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan