Jumaat, 1 November 2013

Memilih Tudung yang Kuantiti atau Kualiti?

Kebanyakkan dari kita amat mementingkan kuantiti dari kualiti. Oleh itu mereka tidak akan sesekali memilih barang yang tidak berjenama atau yang tidak berkualiti. Tetapi ada juga antara mereka yang tidak kisah tentang jenama dan lebih mementingkan kuantiti sesuatu barang. Apa yang penting sebenarnya adalah kualiti. Ini kerana jika barang itu murah tetapi berkualiti, itu boleh membantu kita berjimat. Tetapi jika barang itu mahal tetapi tidak mempunyai kualiti, kita juga yang rugi. 


shawl labuh viscose corak tribal purple

Adelia Shawl Labuh Viscose Corak Tribal Purple

Ada juga yang meminati selendang dari jenis viskos. Ini kerana selendang ini tidak panas dan selesa. Walaupun selendang ini agak lebar dan besar namun ia tidak panas. Harga selendang ini juga tidak terlalu mahal menyebabkan ia boleh dimiliki oleh semua golongan.


shawl labuh satin corak kuning

Nur Shawl Labuh Satin Corak Kuning

Shawl ini diperbuat daripada satin. Satin merupakan sejenis bahan yang sangat berkualiti. Harganya tidak terlalu mahal tetapi sangat berpatutan. Semua golongan boleh memiliki selendang ini tidak kira golongan. Ditambah pula dengan coraknya yang sangat menarik.



tudung bawal v-shape rope lace eksklusif
Tudung Bawal V-Shape Rope Lace Eksklusif

Tudung ini kelihatan sangat eksklusif. Dengan hiasan tali di hujung tudung menjadikan tudung ini sangat menarik. Selain itu juga, tudung kita akan kelihatan lebih kemas dengan adanya hiasan tali seperti itu. Tudung ini diperbuat daripada jenis voile iaitu bahan yang sama untuk membuat tudung bawal. Ianya sangat lembut dan harganya juga berpatutan.


tudung bawal batik batu kuning

Farah Tudung Bawal Batik Batu Kuning

Tudung ini diperbuat daripada kain bawal yang lembut. Kita boleh lihat ia sangat eksklusif melalui rekaan batik lukis. Harganya yang berpatutan menjadikan ia sangat diminatai oleh wanita. Terutama sekali yang mementingkan kualiti dalam bergaya.


tudung bawal jepun sulam tangan batu

Tudung Bawal Japan Sulam Tangan Batu

Ini adalah antara koleksi yang paling eksklusif yang terdapat di tudung2u.com.my. Ianya diperbuat daripada kain bawal dan ianya sangat lembut. Walaupun harganya sedikit mahal namun ramai yang masih akan membelinya kerana jaminan kualiti yang ada pada tudung ini. Jahitan yang kemas menjadikan ianya tarikan utama.


Oleh itu kita harus bijak dalam pemilihan seharian kita. Barang yang mahal tidak selalunya berkualiti dan barang yang murah tidak semestinya tidak bagus. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan