Fesyen tudung kini telah pun dipelbagaikan. Namun janganlah kita berlebih-lebihan kerana nanti ia mungkin tersasar jauh dari niat sebenar kita untuk menutup aurat. Kita haruslah sentiasa cuba untuk memperbaiki diri. Dan kita harus sentiasa melihat dan mencontohi orang-orang yang terbaik yang boleh kita ikuti. Ini antara ikon-ikon yang kita boleh ikuti dalam bertudung.
USTAZAH SITI NORBAHYAH
Memang ramai yang sudah mengenali Ustazah Siti Norbahyah. Beliau seorang penceramah bebas dan juga seorang pengacara tv yang sangat disegani. Beliau menjadi pengacara bersama-sama suaminya. Beliau boleh menjadi contoh kerana jika kita lihat cara pemakaian tudung beliau sangat-sangat menepati kehendak syarak.
IRMA HASMIE
Semenjak bertudung, Irma Hasmie telah menutup aurat dengan sepenuhnya. Dia juga memakai tudung yang agak labuh dan tidak memakai pakaian yang sebelum ini dia pakai yang agak seksi. Harap-harap kita akan mengikut jejak langkah Irma Hasmie untuk menjadi lebih baik.
YATT HAMZAH
Dia telah membuat penghijrahan pada tahun lepas setelah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T. Dia antara artis yang boleh kita jadikan contoh untuk melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik. Dia juga telah menyertai persatuan yang membolehkan dia menyebarkan ajaran agama Islam melalui musik.
DIANA AMER
Diana Amir dahulunya dikenali sebagai seorang artis yang sangat seksi. Namun dia sudah berubah dan perubahan dia sangat-sangat disenangi oleh orang-orang sekeliling terutama peminatnya. Kita boleh menjadikannya idola kita kerana dia bukan sahaja memakai tudung tetapi juga menutup auratnya juga.
HELIZA HELMI
Heliza Helmi lahir dari program realiti tv. Dia memang sudah bertudung dari awal-awal lagi. Dan dia seorang yang mempunyai personaliti yang disenangi dan sopan. Dia seorang yang lemah lembut dan ayu. Personaliti yang sangat menarik membolahkan dia dijadikan idola yang sesuai untuk kita jadikan contoh.
Dalam apa-apa pun yang kita lakukan di dunia ini,kita harus melakukan yang terbaik dan sentiasa ingin memperbaiki dan melakukan segala kerja kita dengan yang terbaik. Oleh itu kita haruslah sentiasa mencari ikon atau seseorang yang boleh kita jadikan contoh untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan ini. Dan pastikan orang yang kita jadikan contoh itu ialah orang yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan