Gaya bertudung dan kecanggihan teknologi yang ada sekarang membuatkan ramai yang tampil bergaya walaupun tinggal di pendalaman atau tahap ketersampaian yang rendah. Ini kerana dimana pun kita berada sekarang kita masih boleh untuk melayari internet. Oleh itu tidak hairanlah ramai wanita sekarang sudah bijak dan tidak ketinggalan dalam bergaya. Semuanya terpulang kepada diri individu masing-masing.
Sekarang tudung bawal telah pun direka dengan penuh kreativiti. Seperti contoh di bawah.
tudung bawal 5 ton
Ini adalah contoh tudung bawal 5 ton. Ini dalah rekaan terbaru dalam penghasilan tudung bawal. Rekaan ini menjadi kegemaran orang ramai kerana ia nampak lebih cantik dan mengikut peredaran zaman. Tambahan pula tudung bawal memang menjadi kegemaran sejak dari dulu lagi.
tudung bawal corak
Tudung bawal juga telah berubah bukan sahaja dari segi warna malah ia juga telah menambahkan sedikit kelainan iaitu dengan menambahkan corak pada tudung bawal itu. Seperti contoh di atas, ini adalah tudung bawal bercorak zebra. Ia juga mendapat sambutan yang menggalakkan dapipada peminat tudung bawal.
tudung bawal plain
Walaupun ini adalah tudung bawal yang biasa dan selalu kita beli namun ia sudah menjadi kegemaran kepada ramai peminat tudung bawal. Walaupun terdapat banyak jenis tudung bawal di pasaran sekarang namun masih ramai lagi yang memilih untuk mengenakan tudung bawal biasa ini.
tudung bawal sulam
Tudung bawal ini pula telah dihiasi dengan sulaman di bahagian tepi tudung ini. Warnanya pula berwarna-warni memjadikan tudung bawal ini sangat cantik. Sesiapa yang memakai tudung bawal ini tidak perlu untuk bergaya lebih kerana ia sudah sedia cantik.
tudung bawal sulam jari hantu
Ini pula tudung bawal yang telah diberi suntikan baru. Warna yang ada pada tudung bawal ini ada 4 ton dan pada hujung tudung ini pula terdapat sulaman yang sangat cantik. Ianya seperti sulaman jari hantu.
Terdapat banyak jenis dan gaya yang boleh kita aplikasikan dalam gaya seharian kita. Namun kita boleh memilih gaya apa yang kita kehendaki dan yang sesuai dengan gaya dan keadaan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan