Selasa, 13 Januari 2015

Air Detox Yang Sedap Dan Sangat Baik Untuk Kesihatan

AIR DETOX ATAU DIFFUSED WATER

Air detox ialah air yang dicampur dengan air kosong dan selalunya dimasukkan dalam peti air selama 4- 5 jam untuk hasil yang lebih efektif. Anda boleh masukkan apa-apa jenis buah yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh kita. Antaranya limau, lemon, strawberi, kiwi, dan sebagainya.

Ini adalah antara contoh cara penyediaan air detox. Mudah saja bukan? Sesiapapun boleh membuat air ini. Di samping sedap, air ini juga mempunyai banyak khasiat. Ia juga sangat sesuai untuk semua peringkat umur terutama sekali bagi mereka yang tidak gemar minum air masak. Jadi tambahkan sedikit perisa dalam air anda dan anda akan peroleh segala kebaikan yang ada dalam buah-buahan tersebut.

                                         


LEMON 

                                              

Lemon ialah antara buah yang mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:
} membersihkan kulit
} menyeimbangkan PH anda
} meningkatkan sistem kekebalan tubuh
} menurunkan berat badan
} menyegarkan nafas
} meningkatkan fungsi sistem otak
} membantu masalah pernafasan dan sebagainya.



TIMUN

                                                   

Antara khasiat timun kepada tubuh badan kita ialah :
} menghidrasi badan anda
} membuang toksin dari badan
} membekalkan keperluan vitamin harian
} menurunkan berat badan
} memulihkan mata
} melawan kanser
} menyihatkan kuku


STRAWBERI

                                              

Strawberi adalah antara buah yang menjadi kegemaran semua. Di samping rasanya yang sedap, strawberi juga mempunyai banyak khasiat. Antaranya :
} melawan kanser
} menghilangkan jerawat
} menajamkan daya ingatan dan kesihatan mental
} menjaga kesihatan pencernaan
} menjaga kesihatan jantung

HALIA

                                                   

Walaupun halia bukanlah sesuatu yang sedap umtuk dimakan, namun ianya mempunyai banyak khasiat. Halia dapat :
} mengekalkan peredaran darah normal
} memulihkan mabuk dalam perjalanan dan mabuk pagi (morning sickness)
} meningkatkan penyerapan nutrisi dalam usus
} mencegah demam dan selsema
} mengurangkan ketidakselesaan perut
} mencegah barah usus
# Kita boleh cincang, ketuk atau hiris halia dan masukkan dalam air panas. Ditambah sedikit madu lalu minum. 

Kalau anda ingin kesemua khasiat dalam satu botol, anda boleh campurkan semua buah-buahan yang berkhasiat. Jadi mulakan hari anda dengan air detox yang berkhasiat ini. Selamat mencuba!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan