Kebelakangan ini tudung sudah banyak mengalami perubahan dari segi bentuk dan material atau bahannya. Mari kita lihat antara tudung yang telah mengalami perubahan ini.
SHAWL BUTTERFLY
Shawl butterfly bukan bermaksud shawl yang mempunyai corak rama-rama tetapi ia mempunyai bentuk seperti seekor rama-rama. Namun bahan untuk membuat tudung ini masih lagi sama iaitu sifon. Bentuk seperti ini cukup untuk pemakai melabuhkan tudung dan memakainya melepasi dada.
SHAWL HALFMOON
Ini adalah tudung berbentuk half moon. Ramai yang sudah mengetahui mengenai kewujudan tudung berbentuk ini. Namun ia tetap berbeza dari segi bentuk kerana lazimnya tudung yang kita pakai adalah shawl standart atau bawal atau pun tudung sarung.
SHAWL LABUH
Ini adalah shawl atau selendang yang mempunyai saiz yang agak besar. Ia boleh dipakai dengan sangat labuh dan menutup dada. Warna yang digunakan juga sangat cantik dan ia gabungan dari 3 warna yang berbeza. Ia sangat lain dengan shawl yang ada di pasaran. Kerana shawl lain sedikit kecil dan tidak lebar seperti shawl ini.
TUDUNG SARUNG
Ini adalah tudung segera atau sarung. Ramai yang beranggapan ini adalah selendang yang perlu dipakai meggunakan banyak pin seperti selendang lain. Namun ini adalah tudung sarung dan hanya memerlukan satu pin sahaja untuk memakainya. Cantik bukan?!
Ini adalah antara contoh tudung yang mempunyai keunikan yang tersendiri tetapi masih lagi cantik. Mungkin sekarang ini terlalu banyak tudung yang terdapat di pasaran sehingga kita sudah tak tahu nak pilih tudung yang mana. Tetapi apa yang penting ialah memilih tudung yang betul-betul selesa dengan diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan