Selasa, 27 Ogos 2013

Oh... Apabila Artis Berhijab

Tudung merupakan antara salah satu benda yang penting dalam kehidupan seorang wanita. Tanpa tudung, seseorang wanita itu tidak akan keluar dari rumahnya. Ada wanita yang terlampau obses dengan apa yang dipakainya terutama sekali tudung namun ada yang langsung tidak menghiraukan bagaimana rupa mereka hari itu asalkan mereka telah menutup aurat. Ada wanita yang suka tudung segera namun ada yang suka memakai selendang.Mari kita lihat antara tudung yang menjadi pilihan para wanita di luar sana.

SELENDANG ALA SITI NURHALIZA

siti raya

Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah pin selendang atau tudung yang dia pakai. Cara selendang dan tudung yang dia pakai sangat ringkas tetapi cukup cantik dan menarik.

SELENDANG ALA JOJIE

Jojie-Bertudung-Berhijab

Jojie merupakan kakak kepada ratu rock negara, Ella. Dia mula bertudung sudah beberapa tahun. Ramai yamg menggemari cara dia memakai selendang kerana kebanyakan selendang yang dia pakai hanya letak sahaja. Dia hanya memakai anak tudung di dalam. Gayanya yang bersahaja namun cantik telah menjadi ikutan ramai terutama kepada mereka yang inginkan gaya yang ringkas.

SELENDANG ALA NURUL SHUHADA NURUL AIN



Pengacara TV3 ini mula memakai tudung pada tahun 2012. Selepas mula memakai tudung, dia telah mengurangkan aktiviti pengacaraannya dan menumpukan masa kepada keluarga. Dia juga amat menggemari untuk memakai tudung atau selendang yang ringkas dan senang untuk dipakai. Sesuai dengan jadualnya yang padat, tudung yang ringkas akan memudahkan urusan harinnya.

TUDUNG BAWAL ALA  DATIN NORJUMA HABIB

datin norjuma

Tudung yang dipakai oleh Datin Norjuma ini adalah salah satu dari koleksi Aidijuma. Dia merupakan pengasas kepada jenama itu. Tudung bawal semakin diminati apabila dia mula mempopularkan jenama ini. Walaupun ianya nampak ringkas namun ia tetap menarik dan senang untuk dipakai.

TUDUNG ALA AINAN TASNEEM

Ainan Tasneem kemalangan

Dia merupakan seorang penyanyai dan komposer lagu yang semakin meningkat naik. Dia juga seorang yang sangat menitikberatkan penampilan diri. Lihat saja kepada gaya pemakaian tudungnya. Gaya yang dia bawakan telah menjadi ikutan para remaja di luar sana.

Bagi yang inginkan fesyen bertudung terkini, bolehlah mengikuti gaya pemakaian tudung yang digayakan oleh artis yang mereka minati. Namun apa yang penting ialah kita tidak keterlaluan dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.









Rabu, 21 Ogos 2013

Jenis-jenis Selendang Halfmoon

Selendang halfmoon amat menjadi pilihan golongan terutama sekali para remaja. Ini kerana cara pemakaiannya yang mudah dan ringkas menjadikan ia amat sesuai dengan gaya remaja yang ingin bersiap cepat tetapi cantik. Kebanyakan kain untuk membuat selendang halfmoon ialah kain cotton, sifon dan lain-lain lagi. Jenis kain ini adalah jenis kain yang lembut, dan sesuai dengan cuaca kita di Malaysia yang tidak akan panas jika dipakai lama. 

Selendang halfmoon jenis sifon

Selendang Half Moon Chiffon 3 Tone

Umum sudah mengetahui yang kain sifon sangat-sangat ringan dan nipis. Oleh itu ia sangat sesuai dipakai oleh golongan remaja yang tidak suka kain yang tebal. Selain itu kain ini juga senang dibentuk dan mudah.
Ia juga sangat sesuai untuk gaya yang paling ringkas.


Selendang halfmoon jenis jersey

Selendang Half Moon Corak

Selendang ini tidak nipis tapi ia juga tidak terlalu tebal. Kainnya agak licin dan agak sejuk menjadikan ia sangat disukai oleh golongan remaja ketika ini.

Selendang halfmoon jenis sifon labuci

Selendang Half Moon Chiffon Labuci

Selendang ini sama dengan selendang sifon tetapi ia telah ditambah dengan labuci dan manik-manik disekeliling selendang itu menjadikan ia nampak eksklusif.


Selendang halfmoon jenis sifon 2 line

Selendang Half Moon 2 Line

Ini adalah selendang jenis sifon yang pastinya ia sama dengan jenis-jenis sifon di atas. Namun apa yang membuatkan ia berbeza ialah selendang ini mempunyai 2 line warna yang berbeza yang membuatkan ianya nampak sangat menarik.

Ini adalah antara selendang halfmoon yang terbaru dalam pasaran. Kebanyakan penggemar selendang adalah golongan remaja kerana ia mempunyai banyak kelebihan yang golongan remaja sukai. Namun, bukan golongan remaja sahaja yang menyukai selendang ini, golongan pertengahan juga menggemarinya.