Rabu, 30 Januari 2013

Tudung Halfmoon Manik yang cantik sekali

Zaman sekarang sudah terlalu banyak cara dan jenis tudung yang terdapat di negara kita..Antaranya jenis halfmoon. Halfmoon ialah jenis tudung yang separa bulat..Ianya terdapat pada tudung atau selendang. 

Ini ialah jenis tudung halfmoon. Kebanyakan tudung ini akan dihiasi dengan manik-manik,batu-batu atau sulaman. Hiasan ini selalunya akan lebih lebat di bahagian atas kepala dan hujung tudung.






Pada selendang pula, hiasan pula akan lebih di bahagian tengah-tengah selendang untuk memudahkan pemakai memakai selendang. Namun pada selendang pula hiasan juga terdapat pada hujung dan tengah-tengah selendang.Ini kerana selendang boleh dipakai dengan pelbagai cara. 






Selain itu juga terdapat tudung yang ditampal dengan bunga pada hujung tepi tudung tersebut.Tudung halfmoon juga sama seperti tudung-tudung lain yang terdapat di pasaran. Terdapat yang jenis bunga tebal dan terdapat juga bunga nipis. Kebanyakan tudung yang mempunyai hiasan yang tebal-tebal seperti ini dari jenis bawal plain.Ini kerana tudung yang kosong agak senang untuk dimasukkan dengan apa-apa hiasan dan warna hiasan itu sendiri. Kadang-kadang hiasan dengan warna tudung amat tidak sedondon tetapi ia tidak menjadi masalah. Ianya menjadi lebih unik dan cantik.

/.'

Terdapat banyak cara untuk memakai tudung yang boleh didapati di pasaran sekarang..Namun harus diingat agar tidak memakai yang berlebihan kerana sederhana itu cantik








Jumaat, 25 Januari 2013

Tudung dan Shawl yang diperbuat daripada Sifon

SIFON

SIFON SIAP UNTUK DIPAKAI




Terdapat banyak tudung yang diperbuat daripada sifon. Antaranya jenis yang 'instant' ataupun boleh terus dipakai. Kainnya yang lembut membuatkan ianya sangat sasuai untuk dipakai. Disamping itu juga ianya sangat ringan,mudah dibentuk,nipis dan sejuk.Kini telah banyak butik-butik yang telah mereka tudung yang diperbuat daripada sifon. Jadi tidak susah untuk mendapatkan produk ini di pasaran.Antara contoh sifon ciap dipakai ialah:



SELENDANG



Ini pula selendang yang diperbuat daripada sifon. Saiznya agak sama dengan selendang-selandang yang lain namun apa yang membezakan selendang ini ialah ianya sangat lembut,licin dan nipis. Corak yang ditunjukkan pada setiap selendang juga menarik menjadikan ianya sangat digemari. Fabriknya yang nipis menjadikan ianya tidak terlampau berat dan kita tidak akan merasa tidak selesa jika memakainya.

SIFON MANIK


Sekarang banyak transformasi yang telah dibuat dalam fesyen tudung. Contohnya tudung jenis yang dihiasi dengan pelbagai jenis manik-manik dan batu-batu bermutu tinggi.

Selasa, 22 Januari 2013

Terdapat Banyak Jenis Selendang di Malaysia


Tidak dapat dinafikan bahawa selendang kini digemari oleh kebanyakan penggemar tudung di Malaysia. Walaupun ada yang mengatakan selendang ini agak rumit dan memerlukan masa yang agak lama untuk memakainya, namun kini telah terdapat banyak blok-blok dan video-video yang menunjukkan cara untuk memakai selendang dengan cepat,cara yang ringkas dan senang. Terdapat banyak jenis selendang antaranya:

SHAWL (COTTON,SIFON,SUTERA)

 Selendang Cotton Exclusive - Melur SALESelendang Sifon Sutera Ombak SALESelendang Sutera Suri H

Ini adalah antara jenis-jenis selendang yang menjadi pilihan hijabister pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis shawls iaitu dari jenis cotton,sifon,sutera dan sebagainya.Terdapat banyak gaya selendang yang boleh digayakan menggunakan selendang-selendang ini. Lagipun selendng ini senanag untuk dibentuk. Oleh kerana saiznya yang panjang, ia boleh digayakan dengan apa-apa gaya. Seperti melilit ke seluruh kepala, diselempangkan ke sisi atau apa-apa sahaja. Ramai yang menyukai fesyen ala-ala 'messy', iaitu jenis serabut. Ini kerana ianya mudah, cepat dan ringkas. Walau ramai yang menyatakan fesyen ini kelihatan serabut namun ia tetap popular dalam kalangan hijabister.   

PASHMINA


Umum mengetahui yang pashmina mungkin agak tebal berbanding jenis-jenis selendang yang lain. Namun begitu, ia tetap digemari oleh kebanyakan penggemar tudung. Ini kerana kainnya yang senang untuk dipakai, mudah untuk dibentuk dan ada jenis-jenis pashmina tidak perlu untuk pakai anak tudung di dalamnya kerana ia sudah tebal.Tambahan sekarang,pashmina kini sudah direka dalam pelbagai corak dan warna. Pashmina juga mempunyai jenis kain yang lembut dan agak keras. Jenis yang lembut agak susah untuk digayakan sedikit namuan ia agak selesa dan mudah terletak. Jenis yang keras pula senang untuk dibentuk tetapi ia agak tebal sedikit. 


TURBAN

Ini adalah antara fesyen terbaru  memakai tudung. Trend ini dipopularkan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Yuna. Ini adalah trend paling terbaru dalam pemakaian tudung di Malaysia sekarang. Walaupun ramai yang menyifatkan trend ini sangat tidak sesuai tapi masih ramai yang mula memakai turban seperti ini. Ketika mula-mula Yuna keluar dengan membawa fesyen seperti ini ramai yang memberi kritikan kepadanya. Namun dia tidak menghiraukan kritikan itu.Sekarang gaya turban makin menjadi ikutan terutamanya kepada golongan remaja.Gaya ini tidak susah kerana apa yang anda perlukan ialah sehelai tudung dan anda mengetahui cara untuk melilitnya ke atas kepala. 

Isnin, 21 Januari 2013

Introduction of Tudung Bawal


TUDUNG BAWAL BIDANG


Tudung bawal ni ada banyak bidang yang boleh didapati di pasaran. Ada 45,50,55,60 bidang. Walaupun tidak ramai yang menggemari jenis tudung bersaiz besar, namun tudung jenis yang besar tetap mendapat permintaan di pasaran.Ini kerana tudung ini sesuai untuk digayakan mengikut apa-apa gaya sekalipun. Sebab itulah tudung bawal tidak kira bidang berapa pun menjadi pilihan utama penggemar hijabister sekarang.


MANIK



 Terdapat tudung bawal yang telah siap dijahit dan sedia untuk dipakai. Terdapat taburan manik-manik lebat menghiasi  tudung dan bunga yang dijahit daripada manik membuatkan tudung bawal ini menjadi sangat unik. Disamping unik,ia juga cantik. Kadang-kala tudung bawal ini akan dihiasi dengan batu-batu swarovski dan batu-batu bermutu tinggi yang lain.  


SULAMAN



Selain itu terdapat juga tudung yang disulam dengan menggunakan sulaman tangan.Sulaman ini menggabungkan sulaman dan turut dijahit dengan manik-manik.Mungkin tudung ini harganya lebih mahal namun kerana kecantikan dan kehalusan sulamannya mmenjadikan tudung ini hangat di pasaran tudung bawal. 



TUDUNG BAWAL BANYAK TONE


Namun walaupun terdapat banyak gaya dan jenis tudung bawal sekarang,masih ramai juga yang menyukai jenis kain bawal yang kosong tanpa sebarang hiasan. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis tudung yang mempunyai banyak warna iaitu tudung 2 warna,tudung 3 warna,hingga 5 warna pun ada. Tudung jenis ini tidak susah untuk digayakan. Ini kerana warna sudah pun membuatkan tudung ini nampak bergaya. Bagi sesiapa yang rasa tidak cukup masa untuk bersiap,boleh memakai tudung bawal yang mempunyai banyak tone ini. Kadang-kadang tudung yang ada banyak tone ni boleh dipakai kedua-dua belah. Jadi kalau nak pakai tudung yang sama 2,3 hari berturut-turut pun orang lain takkan perasan. Sangat-sangat bagus tudung ni kan?? 


TUDUNG BAWAL SEGERA


Ini adalah salah satu contoh tudung bawal yang telah siap dijahit dan boleh terus dipakai.Ini adalah gaya terbaru kepada peminat-peminat tudung bawal.Coraknya yang menarik membuatkan ramai  penggemar tudung memilih untuk memakai tudung jenis ini.

Menariknya lagi,tudung bawal kini boleh dipasang dengan awning. Kadang kala tudung bawal yang kainnya lembut susah untuk 'menjadi'. Oleh itu,kita boleh memasang 'awning' pada tudung. Jadi kita tidak perlu untuk menggosok tudung bawal itu berkali-kali. Senang bukan??!!








Jumaat, 18 Januari 2013

Gaya Terkini Memakai Tudung

DIANA AMIR YANG SWEET


Cara tudung yang dipakai oleh Diana Amir sangat digemari oleh remaja pada zaman sekarang.Sesiapa saja akan nampak ayu apabila mengenakan tudung seperti ini. Cara pemakaian yang ringkas tetapi nampak sangat stailista membuatkan stail ini diminati oleh sebilangan besar remaja zaman sekarang.

HANA TAJIMA VERSI SITI NURHALIZA

#06 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA#01 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA

Ini pula imej terbaru penyanyi no 1 nagara,Datuk Siti Nurhaliza. Beliau mengenakan tudung penuh selepas menyambut hari lahir yang ke-34 beberapa hari lepas.Selama ini beliau hanya menutup sebahagian kepala sahaja. Cantik dan nampak sangat manis serta sopan kan??

OMBAK RINDU TASHA MANSHAHAR



Ini dia pelantun lagu BE MINE yang semakin meningkat naik. Lihatlah caranya mengenakan tudung bawal dengan cara yang tersendiri cukup menjadi ikutan remaja sekarang.Cara pemakaian yang senang membuatkan trend ini menjadi ikutan ramai.

Trend memakai tudung sekarang banyak dipengaruhi oleh artis-artis terkenal.. Semuanya cantik namun jangan keterlaluan. Kadang-kadang kesederhanaan itu lebih indah!! Jadi pakai la tudung mengikut keselesasan kita sendiri