Jumaat, 28 Jun 2013

Tudung Awning Berlayer Yang sangat Sesuai untuk Pakaian Hari Raya

Sejak kebelakangan ini manik dan batu menjadi kegemaran ramai pihak. Banyak corak, rekaan dan bentuk yang telah diilhamkan dari manik dan batu ini. Semakin banyak batu, semakain meriah sesuatu baju itu dan semakin mahalah harganya. Mari kita lihat antara rekaan yang paling terbaru dalam koleksi tudung di pasaran kini. 

TUDUNG AWNING 3 LAYER CHIFFON

Tudung Awning 3 Layer Chiffon Jurai Eksklusif

Ini adalah antara tudung yang terbaru dalam koleksi tudung instant atau tudung segera. Tudung ini dijahit dengan manik penuh di bahagian atas dan dipenuhi dengan manik jurai di bahagian tepi selendang. Dengan padanan warna yang menyerlah menjadikan tudung ini sangat sesuai untuk majlis-majlis yang rasmi dan perayaan.

TUDUNG AWNING 2 LAYER CHIFFON

Tudung Awning 2 Layer Chiffon Jurai Eksklusif

Tudung ini sama dengan tudung di atas cuma bezanya tudung ini hanya mempunyai 2 lapis sahaja. Di bahagian tepi dijahit dengan manik jurai yang sesuai dengan warna tudung itu sendiri.

SELENDANG HALFMOON CHIFFON 3 LAYER LABUCI

Selendang Half Moon Chiffon 3 Layer Labuci Eksklusif

Ramai yang menggemari selendang halfmoon pada masa kini. Selain bentuknya yang agak menarik ia juga mempunyai manik yang penuh di atas kepala menjadikan ia sangat menarik.

SELENDANG PANJANG EKSKLUSIF 

Selendang Panjang Eksklusif Chiffon Labuci

Ini adalah selendang panjang yang mempunyai 2 lapis. Walaupun ia agak besar dan lebar, namun ia tetap cantik. Ianya tidak menjadi masalah kepada yang pandai memakai selendang besar dan lebar seperti ini. Jahitan manik di sepanjang tepi selendang menjadikan ianya sangat cantik.

SELENDANG HALFMOON EKSKLUSIF LABUCI

Selendang Half Moon Eksklusif Labuci

Selendang ini sangat cantik dan tampak sangat mewah kerana dihiasi dengan manik di bahagian atas kepala dan bahagian bawah selendang. Ia sangat sesuai untuk digayakan pada musim perayaan yang akan datang.

Terdapat banyak selendang dan tudung yang dijahiti dengan manik dan batu yang sangat menarik. Ia sangat sesuai untuk digayakan ketika perayaan ataupun hari-hari biasa. 

Selasa, 18 Jun 2013

Selendang Amat Mudah Digayakan Seperti Tudung Bawal

Bukan sahaja remaja, tetapi wanita yang sudah agak berumur juga menggemari selendang. Terdapat banyak jenis selendang yang menjadi kegemaran ramai iaitu selendang jenis satin, cotton, sifon dan lain-lain lagi. 

SELENDANG JENIS SATIN

Selendang Panjang Satin Corak Polkadot  

Selendang jenis satin seperti ini amat digemari kerana ianya licin, mudah dipakai dan ringan. Kita tidak akan berasa kurang selesa jika memakainya dalam masa yang lama. 

SELENDANG JENIS COTTON

Selendang Panjang Cotton Depan Dalam  

Walaupun nampak seperti besar dan tidak selesa selendang ini sebenarnya tidak panas seperti yang kita lihat. Ianya sesuai dengan iklim kita yang panas dan lembap ini. 

SELENDANG JENIS SIFON

Selendang Panjang Chiffon Polkadot

Selendang yang diperbuat daripada sifon tidak panas dan ringan seperti selendang yang diperbuat daripada satin. Kita akan rasa selesa apabila kita memakainya dalam tempoh yang lama. 

SELENDANG JENIS VISCOSE

Selendang Panjang Viscose Corak Stripes   

Selendang ini diperbuat daripada viscose. Ianya agak sama dengan cotton tapi cotton lebih lembut. Seseorang itu tidak akan merasa tidak selesa jika memakai selendang ini dalam jangka masa yang lama kerana ianya tidak panas. Walaupun ianya besar dan lebar, kita tetap akan merasa selesa. 

Selendang amat mudah digayakan seperti tudung bawal.  Ianya tidak rumit seperti yang diperkatakan kerana untuk memakai selendang kita harus mempunyai kreativiti namun ianya tidak rumit. Paling penting dalam memakai selendang ialah keselesaan. Ia penting agar kita kekal cantik dan kemas sepanjang masa. 






Khamis, 13 Jun 2013

Alhumaira Contemperary, Fareeda, Radiusite, Sugarscarft, Pearl Haya

Sekarang terlalu banyak kedai atau jenama yang menjual tudung. Jadi tidak hairanlah kita akan dapat melihat banyak tudung-tudung dan selendang yang terbaru di pasaran dan dapat dijual seperti menjual pisang goreng panas-panas. Ini kerana ramai golongan wanita yang ingin kelihatan cantik, elegan dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan adap sopan melayu. 

ALHUMAIRA CONTEMPERARY

CAYLA - CL 03

Alhumaira Contemperary memang tidak asing lagi dalam mengeluarkan tudung serta selendang. Jenama ini sudah mampu untuk berbangga kerana seluruh pelusuk Malaysia mengenali jenama ini. Tudung-tudung yang dikeluarkan sangat berkualiti dan paling penting ianya menepati kehendak atau mengikut selera hijabister masa sekarang. 

FAREEDA

 

Siapa yang tidak kenal dengan jenama ini. Jenama yang terkenal dengan tudung segera atau instant. Harga yang ditawarkan pula sesuai dengan nilai eksklusif dan pembuatan tudung Fareeda itu sendiri. Tiap kali Fareeda mengeluarkan koleksi terbaru pasti ramai yang akan memenuhi kedai dan beratur panjang semata-mata untuk menjadi yang pertama mandapatkan tudung yang terbaru itu. 

RADIUSITE

 

Radiusite merupakan antara jenama tudung terkenal di Malaysia. Radiusite mempunyai peminat yang tersendiri yang gemarkan rekaan ynag ringkas tetapi masih cantik. Rekaan yang eksklusif tetapi dengan harga yang berpatutan menjadikan jenama ini menjadi pilihan ramai.

SUGARSCAFT



Sugarscaft lebih kepada selendang yang menjadi tredemark jenama ini. Selendeng yang ada di bawah jenama ini sangat unik kerana sekali tengok sahaja kita akan tertarik dengan penggunaan warna dan rekaan yang dibuat. Itu yang membuatkan ramai penggemar selendang menyukai jenama Radiusite. 

PEARL HAYA

 HV Single Chiffon SP2


Pearl Haya adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia tudung atau selendang. Jenama ini adalah antara jenama yang terawal yang ada di Malaysia.Jenama ini merupakan pelopor pasaran tudung di Malaysia yang menyebabkan ramai yang ingin turut berjaya seperti jenama ini. Jenama ini bukan sahaja mempunyai tudung, tetapi juga selendang serta tudung untuk menunaikan umrah. 

Terdapat banyak lagi jenama yang berada di Malaysia yang sedang tumbuh seperti cendawan. Oleh itu tidak menjadi masalah jika ingin memilih tudung yang kita rasakan sesuai dengan kita. Paling penting kita harus membuat pilihan yang bijak dan jangan terlampau mengikut perasaan ketika membeli-belah.

Jumaat, 7 Jun 2013

Blogger Idola

Tudung merupakan benda yang paling penting dalam kehidupan seorang hijabi. Ini kerana ia akan mempengaruhi hidup seseorang itu. Oleh itu mereka harus memastikan mereka memakai tudung atau selendang yang selesa dan memberi keyakinan kepada mereka.

SHEA


Ini antara gaya yang sering digayakan oleh salah seorang blogger yang terkenal iaitu Shea. Beliau sangat popular menerusi blog yang telah diberi nama My Amethys. Lihat saja pakaian yang digayakannya. Fesyen telah menjadi antara benda yang paling dia sukai. Lihat saja pada selendang yang dia gayakan. Dia telah menggunakan selendang yang diperbuat daripada bahan yang ringan dan tdak panas.

FATIN LIYANA


Ini pula Fatin Liyana. Beliau merupakan antara blogger yang paling popular di Malaysia. Dia seorang yang cantik dan bergaya. Seperti blogger di atas, dia juga sangat meminati dunia fesyen dan telah berkongsinya di blog Honeykoyuki.blogspot. Fatin sangat selesa mengenakan tudung yang ringkas dan selesa namun masih mengekalkan ciri hijabister dalam dirinya.

FATIN SUHANA
                                                                                                                                                            

Mempunyai nama yang sama pada permulaan bukan bermaksid mereka sama dalam semua jenis. Fatin Suhana juga merupakan seorang blogger yang agak terkenal seperti Fatin Liyana. Blog Fatin tidak hanya fokus pada satu genre malah seperti Fatin Liyana, dia tidak pernah menetapkan genre-genre tertentu pada blognya. Dia hanya menulis tenteng hidupnya dan apa yang berlaku pada kehidupannya.

FIRA


Fira juga merupakan antara salah seorang blogger yang dikenali ramai. Fira juga tidak memfokuskan genre-genre tertentu dalam blognya tetapi jika kita melihat kepada blog Fira, dia seorang yang sangat gemarkan fesyen. Kita boleh menilai bahawa Fira amat mementingkan penampilan, sama seperti semua blogger di atas.

Ini antara blogger yang bergiat aktif dan yang mempunyai ramai pembaca dan pengikut. Mereka bukan sahaja cantik, bijak dan semestinya pandai berfesyen dan trend mereka sudah menjadi ikutan ramai hijabista di luar sana.