Rabu, 29 Mei 2013

Tudung Bawal Segera

Ada yang pernah bertanya, kenapa tudung segera lebih mahal daripada tudung bawal? Namun tidak semua tudung segera yang harganya lebih mahal dari tudung bawal. Harga tudung itu bergantung kepada rekaan dan  perhiasan yang digunakan untuk tudung itu sendiri. Contohnya seperti tudung bawal yang kosong. Pasti harganya tidak akan mahal. Namun apabila tudung bawal itu dijahit dengan manik atau labuci, pasti harganya akan menjadi mahal. 


TUDUNG BAWAL LABUCI
Tudung Bawal Labuci

Ini adalah contoh tudung bawal yang telah dijahit dengan labuci dan manik-manik. Pada mulanya ini adalah tudung bawal plain yang biasa. Setelah dijahit manik pada bahagian atas tudung ini, ia nampak sangat cantik dan menyerlah. Dan ia juga menjadikan tudung ini nampak sangat mewah.

TUDUNG BAWAL CORAK EKSKLUSIF
Tudung Bawal Sulam Tone Eksklusif

Tudung bawal ini juga antara tudung bawal yang mahal. Ini kerana corak tudung bawal ini adalah ekslusif dan menarik. Oleh itu walaupun harganya agak mahal sedikit daripada tudung-tudung bawal yang biasa kita lihat di kedai-kedai.

TUDUNG BAWAL SULAM
Tudung Bawal Bintang Sulama Batu

Tudung ini mempunyai sulaman di bahagian hujung menjadikan tudung ini sangat cantik. Warna yang terdapat pada tudung ini juga banyak jenis. Tona yang digunakan juga menjadikan ia menarik dan ceria. Sulaman itu sendiri telah menjadikan tudung itu kelihatan eksklusif.


TUDUNG BAWAL V-SHAPE


Pernahkah anda melihat tudung bawal seperti ini? Ini adalah tudung bawal yang telah dihiasi dengan corak pada bahagian hujungnya. Tudung ini mempunyai corak yang unik iaitu corak harimau bintang. Ramai yang menggemari tudung ini kerana ianya mudah untuk dipakai dan cantik.


TUDUNG AWNING LAYER CORAK BUTTERFLY
Tudung Awning Layer Corak Butterfly Chiffon Brooch

Tudung segera ini pastinya mahal. Kita sudah dapat mengagak melalui rekaan dan corak yang terdapat pada tudung itu sendiri. Ditambah pula dengan kerongsang yang ada pada bahagian depan tudung itu. 






Khamis, 23 Mei 2013

Tudung Bawal Bercorak Polkadot

Polkadot merupakan antara corak yang tidak pernah ketinggalan zaman. Setiap kali pasti ada fesyen yang berkaitan dengan corak polkadot tidak kira baju, seluar mahu pun tudung. Mari kita lihat antara koleksi tudung terpilih yang mempunyai corak polkadot. 

TUDUNG BAWAL POLKADOT TONE

Tudung Bawal Polkadot Tone

Tudung ini mempunyai banyak tona warna. Gabungan warna yang digunakan pula sangat menarik dan ia mempunyai corak polkadot yang memenuhi satu tudung bawal itu sendiri.



TUDUNG BAWAL POLKADOT 2 TONE
Tudung Bawal Polkadot 2 Tone

Ini pula tudung bawal yang mempunyai banyak tona warna. Jika dipakai corak polkadot itu hanya kelihatan pada bahagian bawah tudung itu sahaja. Ini membuatkan tudung bawal itu kelihatan menarik dan warnanya yang dapat menarik perhatian.


TUDUNG BAWAL POLKADOT V-SHAPE
Tudung Bawal V-Shape Polkadot Beiber

Tudung ini sangat unik kerana ia mempunyai corak polkadot hanya pada jalur yang terdapat pada bahagian hujung tudung bawal ini. Corak yang unik ini membuatkan tudung ini sangat digemari oleh hijabista di luar sana.


TUDUNG AWNING 3 LAYER POLKADOT
 Tudung Awning 3 Layer Polkadot Lycra
Ini pula tudung segera yang bercorak polkadot. Tudung segera memang menjadi kegemaran para hijabista kerana ianya ringkas dan menjimatkan masa. Oleh itu, kebanyakkan mereka memilih yang mempunyai corak agar penampilan mereka tidak nampak kosong.


SELENDANG PANJANG POLKADOT
Selendang Panjang Polkadot

Selendang memang mempunyai ramai penggemar di luar sana. Selendang ini mempunyai banyak warna dan yang paling penting ia mempunyai corak polkadot yang besar dan membuatkan ianya nampak sangat menarik.

Corak memang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Jika kita hanya memakai pakaian yang kosong dan langsung tidak mempunyai corak penampilan kita akan nampak kosong dan tidak menarik. 








Isnin, 20 Mei 2013

Selendang Bercorak Batik

Batik merupakan antara pakaian yang dipakai oleh orang pada zanam dulu-dulu. Kini pemakaian batik dapat kita lihat dalam selendang atau tudung di mana ia telah ditransformasikan menjadi satu rekaan yang amat unik sekali. Antara corak batik yang boleh kita lihat ialah pada tudung atau selendang ialah antaranya seperti. 


SELENDANG CORAK BATIK



Dalam selendang ini corak batik telah dilukis pada hujung bahagian selendang itu. Ini menjadikan selendang ini sangat menarik walaupun ia meletakkan sedikit sahaja corak batik. Jika kita pandai memakai selendang maka kita dapat menunjukkan corak yang cantik yang ada pada selendang tersebut.

SELENDANG PANJANG CORAK BATIK



Selendang ini pula dipenuhi dengan corak batik pada keseluruhan selendang. Warna yang digunakan pula sangat menyerlah dan kita boleh gabungkan pakaian yang mempunyai satu warna atau plain untuk disesuaikan dengan selendang ini.

TUDUNG BAWAL CORAK BATIK



Tudung bawal ini pula merupakan antara tudung yang terbaru di pasaran.Tudung ini bukan sahaja gabungan antara tudung bawal dan corak batik, tetapi juga turut menggabungkan 2 dan 3 jenis warna. Jika dapat lihat contoh tudung di atas, jenis tudung ini mengggabungkan 3 warna yang berbeza.

SELENDANG PANJANG CORAK BATIK
Selendang Panjang Corak Batik

Selendang ini juga mempunyai gabungan warna yang tersendiri. Warna yang digunakan pula sangat menyerlah iaitu warna biru dan ungu. Corak batik pula hanya ada pada bahagian tengah selendang tersebut. Ini menjadikan selendang ini amat cantik.

TUDUNG BAWAL V-SHAPE PINK BATIK
Tudung Bawal V-Shape Pink Batik

Tudung ini sangat unik kerana ia hanya mempunyai corak batik hanya pada bahagian jalur. Jika kita bijak memakai tudung ini, ia boleh menjadikan tudung ini unik kerana bahagian yang mempunyai batik akan dapat dilihat pada bahagian atas kepala.

Walaupun corak batik ada dianggap sebagai sudah tidak mengikut trend, namun ramai pereka yang terus menjadikan batik sebagai antara rekaan yang boleh diterima hingga ke hari ini. 


Khamis, 16 Mei 2013

Tudung Awning Terhangat di Pasaran - Part 2

Ini adalah sambungan tudung segera dalam entry lepas. Dalam entri ini kita akan melihat sekali lagi tentang tudung segera yang menjadi kegemaran peminat tudung segera di luar sana. 


TUDUNG AWNING 2 TONE LYCRA
Tudung Awning 2 Tone Lycra

Tudung ini sangat menarik pada warnanya. Walawpun ia hanya menggabungkan 2 warna sahaja namun ia tetap nampak menarik kerana warna yang digunakan adalah warna terang dan menyerlah. Jika kita pandai mengabungkan dengan aksesori yang sepadan, ia akan menaikkan warna dan kecantikkan tudung segera itu sendiri.

TUDUNG LYCRA CORAK AWNING
Tudung Lycra Corak Awning

Tudung segera ini sangat menarik. Ia mempunyai corak yang sama pada awning dan bahagian keseluruhannya. Ia mempunyai corak flora dan ia menggunakan warna-warna yang terang menjadikan tudung ini sangat menyerlah. Ia dapat menarik minat golongan muda kerana kebanyakkan golongan muda menyukai warna yang terang dan corak yang ceria.


TUDUNG LABUH AWNING CROWN

Tudung Labuh Awning Crown
Tudung bawal ini mempunyai sulam pada bahagian awning. Walaupun tudung bawal ini agak labuh namun ia tidak panas kerana diperbuat dari kain lycra yang sangat sesuai dengan cuaca di negara kita.


TUDUNG AWNING 2 LAYER POLKADOTS
 Tudung Awning 2 Layer Polkadot Lycra

Tudung ini sangat menarik dan akan membuatkan sesiapa yang melihatnya buat kali pertama akan membelinya. Ia mempunyai corak yang menarik dan paling utama tudung ini mempunyai perhiasan seperti batu di tengah-tengah tudung itu.

Ini adalah antara tudung-tudung segera yang terbaru yang berada di pasaran. Setiap hari pasti akan ada fesyen-fesyen terbaru yang akan diselitkan pada tudung segera. Oleh itu kita harus bijak untuk memilih yang terbaik untuk kita agar kita tidak membazir dan memakai tudung yang kita beli itu utuk sekali sahaja. Elakkan pembaziran dan amalkanlah sikap bersederhana dalam segala hal. 

Rabu, 15 Mei 2013

Tudung Awning Terhangat di Pasaran

Ramai dalam kalangan wanita sekarang adalah wanita yang bekerjaya. Oleh itu, mereka tidak mempunyai masa untuk diri mereka. Terutama sekali kepada yang sudah berumah tangga. Sebab itulah kebanyakkan mereka menggemari tudung jenis segera atau instant. Terdapat banyak tudung segera yang berada di pasaran yang dapat memenuhi ciri-ciri yang di diingini oleh wanita-wanita di laur sana seperti selesa dipakai, ringan, tidak mudah berkedut, dan macam-macam lagi. Mari kita lihat antara jenis-jenis tudung segera yang terbaru yang berada di pasaran.

TUDUNG AWNING 3 LAYER CHIFFON

 

Ini merupakan antara contoh tudung segera yang terbaru dipasaran. Ini adalah tudung sifon dan ia mempunyai 3 lapis. Ketiga-tiga lapisan mempunyai warna-warna yang berbeza dan menarik. Gabungan warna yang cantik membuatkan tudung yang ringkas seperti ini nampak sangat cantik.Jika ditambah pula dengan aksesori maka tudung ini akan lebih cantik.

TUDUNG AWNING 3 LAYER POLKADOTS

Tudung Awning 3 Layer Polkadot Lycra

Tudung ini tidak ringkas tetapi tidak terlalu padat dengan perhiasan. Ianya telah direka untuk mereka yang sangat-sangat tiada masa kerana tudung ini hanya perlu disarung sahaja. Ia boleh dipadankan dengan baju yang kosong atau plain kerana corak pada tudung ini sudah menjadikan ianya padat.

TUDUNG AWNING 2 LAYER LYCRA

Tudung Awning 2 Layer Lycra

Tudung ini agak sama seperti tudung awning 3 layer polkadots. Tetapi apa yang lain ialah pada coraknya. Tudung ini lebih kepada corak tribal dan ianya mempunyai corak dan warna yana sama pada bahagian awning.

TUDUNG AWNING CORAK LYCRA
Tudung Awning Corak Lycra

Tudung ini pula seperti tudung-tudung kebanyakkan yang terdapat di pasaran. Pada bahagian awning, warna yang seakan-akan sama dengan bahagian tudung. Warna yang digunakan pada bahagian awning lebih lembut dan corak yang lebih terang dan banyak pada bahagian tudung.

Ini antara tudung segera yang paling terbaru yang terdapat di pasaran sekarang. Banyak corak-corak yang menarik dan bahan yang digunakan pula daripada jenis yang sangat selesa. 














Jumaat, 10 Mei 2013

Tudung Bawal dan Selendang

Tajuk kali ini sangat menarik bukan. Tudung bawal yang unik bukan bermaksud tudung bawal yang pelik tetapi tudung bawal yang corak, warna dan tonnya yang sangat menarik. Selalunya kita hanya melihat tudung bawal yang mempunyai satu warna dan satu corak. Namun dengan kreativiti yang ada pada pereka tudung bawal, mereka telah mereka pelbagai jenis tudung bawal yang sangat unik dan menarik. 


TUDUNG BAWAL MANIK

Tudung Bawal Manik

Sangat cantik. Tudung bawal ini sangat unik dengan gabungan warna dan manik batu yang telah dijahit di atas kepala yang dipanggil juga 'crown'. Tudung ini mempunyai beberapa ton warna dalam satu helai tudung. Warna yang cantik dan perhiasan yang menarik membuatkan tudung bawal ini unik. 

TUDUNG BAWAL POLKADOTS

Tudung Bawal Polkadot

Tudung bawal ini sangat menarik. Ia hanyalah sebuah tudung bawal yang biasa namun apa yang menjadikan ia berbeza ialah ia mempunyai 2 ton warna yang berbeza dan corak polkadots yang terdapat padanya. 
Ton warna juga menjadikan tuduung bawal ini kelihatan menarik. Warna yang agak pudar pada bahagian atas dan warna terang pada bahagian bawah tudung. 

SELENDANG PANJANG POLKADOTS
Selendang Panjang Polkadot   

Ini merupakan selendang panjang polkadots. Jika dilihat ianya biasa sahaja namun apa yang menarik tentang selendang ini ialah gabungan warna yang telah digunakan. Ia menggabungkan 3 warna yang menarik dan terang. Ditanbah pula dengan polkadots yang juga menggunakan warna terang dan pelbagai bentuk menjadikan selendang ini sangat menarik. 

SELENDANG INSTANT

Selendang Instant Aisya   

Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis selendang yang ada di pasaran. Ini merupakan salah satu jenis selendang yang terdapat di pasaran dan ini adalah selendang segera. Ramai yang tidak pernah melihat dan memakai selendang jenis ini. Selendang ini sangat ringkas, mudah dan senang kerana kita tidak perlu untuk mengambil masa yang lama untuk memakainya. Sarungkan bahagian dalam kemudian pakai pula bahagian lapisan luar untuk menjadikan ianya satu selendang yang lengkap. 

SELENDANG CHIFFON
Selendang Panjang Chiffon Turkey Corak  

Selendang ini sangat lembut kerana ianya diperbuat daripada sifon. Jenis kain yang sangat ringan dan tidak panas. Ianya juga lembut dan tidak terasa jika kita memakainya dalam masa yang lama. Oleh itu ramai yang menyukai tudung yang diperbuat daripada kain cifon ini.

SELENDANG CORAK BATIK

    Selendang Panjang Corak Batik                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Ini pula selendang jenis cotton atau kapas yang agak panjang. Selendang ini walaupun agak panjang dan besar namun ia tidak membuatkan kita tidak selesa, Ini keran ia diperbuat daripada kapas dan udara masih boleh masuk membuatkan kita kurang berpeluh.












































Khamis, 2 Mei 2013

Tudung Bawal Cekik Tepi

Tudung bawal sering menjadi pilihan para penggemar tudung di negara ini. Ini kerana ia salah satu daripada tudung yang paling mudah untuk dipakai selepas tudung segera dan ia sangat-sangat mudah untuk dipakai. Mari kita lihat antara jenis-jenis tudung bawal yang paling baru yang ada di pasaran yang kita bolah cuba. 

TUDUNG BAWAL CEKIK TEPI



Ini adalah antara tudung bawal yang paling terbaru yang ada di pasaran. Tudung ini selalunya mempunyai 2 warna dan ia mempunyai perhiasan di bahagian tepi.

TUDUNG BAWAL CEKIK TEPI BATU

Tudung Bawal Cekik Tepi

Ini pula tudung bawal cekik tepi yang mempunyai batu. Tudung ini berbeza sedikit dengan tdung bawal cekik tepi biasa kerana ia tidak mempunyai batu-batu sebagai perhiasan.


TUDUNG BAWAL POLKADOTS

Tudung Bawal Polkadot 

Seperti tudung-tudung bawal lain, tudung bawal ini mempunyai saiz yang sama namun apa yang berbeza ialah ia mempinyai corak polkadot dan ia mempunyai tona warna yang berbeza. Dari warna yang terang kepada warna yang paling pudar.

TUDUNG BAWAL CORAK
Tudung Bawal Corak

Jika sekali kita melihat tudung ini kita akan menyangka ia adalah selendang. Coraknya sangat menarik dan abstrak. Pemilihan warna yang lembut juga membuatkan tudung ini sangat unik.


TUDUNG BAWAL ROPOL

Tudung Bawal Ropol

Tudung bawal ini sangat cantik kerana pada bahagian hujungnya terdapat ropol-ropol yang menambahkan lagi kecantikan tudung ini. Tudung ini mempunyai satu warna sahaja namun ropol telah menjadikan ia satu tudung yang sangat cantik.

Tudung bawal merupakan tudung yang tidak pernah kelinggan zaman. Ini kerana sentiasa ada pihak yang akan menghidupkan pemakaian tudung ini dan gaya pula sentiasa diperbaharui. Oleh itu tudung bawal tidak akan pernah ketinggalan zaman selagi ada yang terus menghidupkan tudung bawal