Jumaat, 29 November 2013

Jenis-jenis Selendang Half Moon 2013

Ramai yang telah mengetahui mengenai selendang halfmoon. Namun adakah anda tahu yang selendang ini mempunyai banyak jenis. Dari segi warna, bahan buatan dan saiz.Mari kita lihat antara koleksi terbaru dalam selendang halfmoon ini.

Plain Selendang Half Moon Purple

Ini merupakan selendang halfmoon plain. Pada awal kemunculan selendang halfmoon, ia telah keluar dengan warna plain. Kebanyakkan wanita suka warna plain kerana ia merupakan warna yang senang untuk dipadankan dengan pakaian lain.



Sumayyah Shawl Half Moon Cotton Depan Dalam Corak 14

Selendang ini sangat unik. Ini kerana ia mempunyai 2 bahagian yang mempunyai corak yang berlainan. Kita boleh memilih untuk memakai 2 corak sekaligus atau 1 corak pada satu-satu masa. Corak-corak yang terdapat pada selendang ini sangat menarik kerana ia lebih kepada flora dan abstrak.

Suria Shawl Half Moon Chiffon Batu 2 Color Krim

Selendang ini pula mempunyai 2 warna. Ia adalah halfmoon plain. Ini adalah antara corak yang terbaru yang ada di pasaran. Selendang ini mempunyai 2 lapis yang berlainan.



Aisya Shawl Half Moon Express Chiffon Korea dengan Anak Tudung 8

Ini adalah antara rekaan yang paling terbaru. Anak tudung yang dipakai telah dijahit dengan selendang ini. Jadi ia ialah selendang segera. Wanita sekarang sangat mementingkan masa jadi selendang ini sangat memberi manfaat kepada wanita. Disamping itu warna yang digunakan juga sangat menarik dan lembut.


Ini adalah antara selendang yang terbaru yang ada di pasaran. Selendang halfmoon sangat menarik minat para wanita kerana selendang ini sangat senang untuk dipakai. Selain warnanya yang sesuai dengan tudung, selendang halfmoon juga diperbuat daripada kain yang sangat selesa untuk dipakai.















Rabu, 27 November 2013

Koleksi Tudung Terbaru Terhangat di Pasaran

Semua wanita wajib mempunyai tudung dan selendang yang banyak dalam almari mereka. Ini kerana wanita memakai tudung setiap hari. Selain itu, jenis tudung dan selendang sangat cepat berubah. Oleh itu para wanita harus sentiasa mengikuti pekembangan semasa mengenai tudung dan selendang yang terbaru. Mari kita lihat antara koleksi yang terbaru terhangat di pasaran. 




Ini adalah antara koleksi terbaru yang ada di pasaran. Ini adalah selendang halfmoon. Corak yang ada pada selendang ini sangat cantik dan menarik. Ia merupakan antara corak yang paling terbaru. Warna yang digunakan juga sangat cantik dan sesuai dengan semua jenis kulit. 






Ini merupakan selendang yang sangat lain dari yang lain. Selendang ini mempunyai 'stud' pada bahagian tengah menjadikan ia sangat unik. Ia menunjukkan walaupun wanita itu menutup aurat, tapi masih boleh bergaya seiring peredaran semasa. Selendang ini menggunakan warna yang lembut dan sangat sesuai digayakan dengan pelbagai gaya. 





Ini adalah antara koleksi yang sangat menarik. Warna tudung ini sangat menarik kerana ia mempunyai gabungan warna yang pelbagai dan menyerlah. Gabungan warna yang terdiri daripada biru, pink dan coklat sangat unik. Kesemua warna yang digabungkan ini merupakan warna-warna yang lembut. 






Ini juga merupakan antara gaya tudung yang terbaru. Cara menggayakan selendang ini senang dan tidak merumitkan. Tambahan pula selendang ini akan dihias dengan sedilkit perhiasan pada bahagian atas selendang. Ini merupakan selendang yang mempunyai 


Ini merupakan antara tudung yang telah digayakan dengan pelbagai gaya. Kita harus pandai dalam menggayakan selendang yang kita pakai agar kita tidak dikatakan sebagai mangsa keadaan. Ada gaya selendang yang agak keterlaluan namun jika seseorang wanita itu berani, boleh saja dia menggayakan selendang itu. 








Selasa, 19 November 2013

Revolusi tentang Tudung dan Selendang

Tudung kini telah mengalami pelbagai evolusi yang telah menjadikan tudung atau selendang lebih selesa dan mesra pengguna. Oleh itu wanita zaman kini tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak bertudung pada zaman kini. Mari kita lihat antara tudung yang telah mengalami revolusi pada zaman kini.

Selendang halfmoon

Kalau dulu kita hanya pakai selendang yang biasa iaitu yang berbentuk petak dan panjang. Namun kini kita sudah boleh lihat selendang halfmoon yang mempunyai hujung yang separa bulat. Ia merupakan antara revolusi kepada selendang dan membuatkan ramai wanita mula meminati selendang.


Selendang pashmina

Selendang ini sudah lama berada di pasaran. Namun sejak dari dulu selendang jenis ini telah menjadi kegemaran para wanita. Ini kerana Selendang ini sangat mudah untuk menggayakan. Disamping senang untuk menggayakan, selendang ini sangat selesa untuk dipakai.


Tudung awning

Kalau dahulu para yang wanita sering menggayakan tudung bawal sahaja. Namun kini terdapat tudung sarung yang membolehkan kita memakai tudung itu begitu sahaja. Iaitu tudung segera atau instant. Ramai yang menggemari tudung ini kerana ia senang untuk dipakai. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang sangat sibuk dan mementingkan masa. Tambahan pula tudung ini mempunyai pelbagai corak yang menarik.

Tudung bawal

Walaupun tudung bawal ini agak rumit namun ia tidak menghalang para wanita untuk memakai tudung ini. Ini kerana tudung ini harus digosok dan dipin. Ia juga memerlukan penjagaan kerana kebanyakkan kain tudung bawal yang lembut. Selain itu tudung bawal juga telah mengalami revolusi iaitu mempunyai sulaman yang sangat cantik.

Revolusi yang berlaku kepada tudung dan selendang hanya mengikut peredaran masa dan ianya sering diubah dari masa ke masa. Sebab itu wanita harus sentiasa untuk mengikut perkembangan semasa kerana tudung berkembang dan berubah dengan cepat.   
















Selasa, 12 November 2013

Warna Lembut Dalam Tudung

Warna tudung atau selendang juga sentiasa mengikuti arus peredaran masa. Namun terdapat juga jenis-jenis selendang yang tidak lapuk ditelan arus pemodenan. Kita juga yang harus pandai membeli tudung atau selendang yang sentisa mengikut peredaran zaman. Contohnya seperti selendang pashmina. Selendang ini tidak pernah nampak seperti ketinggalan zaman dan sentiasa dipakai hingga ke hari ini. 

Tudung dan warna memeng tidak dapat dipisahkan. Ada sesetengah wanita menggemari tudung dari warna lembut dan ada juga yang menggemari tudung dari warna terang dan menyerlah.

shawl labuh satin corak kuning 

Nur Selendang Panjang Satin Corak Kuning

Kuning selalunya dikaitkan dengan warna yang menonjol dan terang. Tetapi kali ini selendang ini didatangkan dengan warna kuning yang sangat lembut. Disamping corak yang unik dan pelbagai, warna kuning itu sendiri telah menjadikan selendang ini sangat cantik. 


shawl halfmoon sifon plain hijau mint
Umie Shawl Half Moon Chiffon Plain Hijau Mint

Ini adalah warna hijau mint atau pudina. Warna hijau ini sangat lembut. Warna ini sangat jarang dijumpai oleh itu ianya menjadi pilihan kebanyakan wanita. Susah untuk mendapatkan warna hijau ini. Kerana kebanyakan yang ada ialah hijau terang atau hijau tua. 

tudung awning sifon layer plain bunga satu
Tudung Awning Chiffon Layer Plain Bunga Batu


Ini ialah warna ungu yang sangat muda. Ungu ini sangat lembut dan telah dipadankan dengan warna putih menjadikan warna ini semakin lembut. Warna seperti ini sangat susah dan jarang untuk diperolehi. Oleh itu tudung ini sangat unik. 


tudunng awning layer lycra
Tudung Awning Layer Lycra

Ini ialah warna krim. Warna ini sememangnya agak lembut dan ianya tidak susah untuk dicari. Warna krim boleh digabungkan dengan pelbagai warna terutamanya warna-warna yang terang. Warna ini seakan -akan warna kulit kita. 


Ramai yang meminati warna-warna lembut. Adakalanya ia mewakili sifat seseorang yang bersikap lembut. Namun tidak semua yang seperti itu. Warna-warna ini bergantung kepada individu dan bagaimana mereka melihat sesuatu warna itu. Kadang kala mereka akan menilai warna apa yang sesuai dengan mereka dan warna apa yang tidak sesuai. Namun apa yang penting ialah kita harus bersederhana dalam semua benda yang kita buat. 









Jumaat, 1 November 2013

Memilih Tudung yang Kuantiti atau Kualiti?

Kebanyakkan dari kita amat mementingkan kuantiti dari kualiti. Oleh itu mereka tidak akan sesekali memilih barang yang tidak berjenama atau yang tidak berkualiti. Tetapi ada juga antara mereka yang tidak kisah tentang jenama dan lebih mementingkan kuantiti sesuatu barang. Apa yang penting sebenarnya adalah kualiti. Ini kerana jika barang itu murah tetapi berkualiti, itu boleh membantu kita berjimat. Tetapi jika barang itu mahal tetapi tidak mempunyai kualiti, kita juga yang rugi. 


shawl labuh viscose corak tribal purple

Adelia Shawl Labuh Viscose Corak Tribal Purple

Ada juga yang meminati selendang dari jenis viskos. Ini kerana selendang ini tidak panas dan selesa. Walaupun selendang ini agak lebar dan besar namun ia tidak panas. Harga selendang ini juga tidak terlalu mahal menyebabkan ia boleh dimiliki oleh semua golongan.


shawl labuh satin corak kuning

Nur Shawl Labuh Satin Corak Kuning

Shawl ini diperbuat daripada satin. Satin merupakan sejenis bahan yang sangat berkualiti. Harganya tidak terlalu mahal tetapi sangat berpatutan. Semua golongan boleh memiliki selendang ini tidak kira golongan. Ditambah pula dengan coraknya yang sangat menarik.



tudung bawal v-shape rope lace eksklusif
Tudung Bawal V-Shape Rope Lace Eksklusif

Tudung ini kelihatan sangat eksklusif. Dengan hiasan tali di hujung tudung menjadikan tudung ini sangat menarik. Selain itu juga, tudung kita akan kelihatan lebih kemas dengan adanya hiasan tali seperti itu. Tudung ini diperbuat daripada jenis voile iaitu bahan yang sama untuk membuat tudung bawal. Ianya sangat lembut dan harganya juga berpatutan.


tudung bawal batik batu kuning

Farah Tudung Bawal Batik Batu Kuning

Tudung ini diperbuat daripada kain bawal yang lembut. Kita boleh lihat ia sangat eksklusif melalui rekaan batik lukis. Harganya yang berpatutan menjadikan ia sangat diminatai oleh wanita. Terutama sekali yang mementingkan kualiti dalam bergaya.


tudung bawal jepun sulam tangan batu

Tudung Bawal Japan Sulam Tangan Batu

Ini adalah antara koleksi yang paling eksklusif yang terdapat di tudung2u.com.my. Ianya diperbuat daripada kain bawal dan ianya sangat lembut. Walaupun harganya sedikit mahal namun ramai yang masih akan membelinya kerana jaminan kualiti yang ada pada tudung ini. Jahitan yang kemas menjadikan ianya tarikan utama.


Oleh itu kita harus bijak dalam pemilihan seharian kita. Barang yang mahal tidak selalunya berkualiti dan barang yang murah tidak semestinya tidak bagus.