Jumaat, 27 Disember 2013

Busana Menarik yang dipakai oleh Artis semasa Perkahwinan

Perkahwinan artis adalah antara yang ditunggu oleh para peminat. Terutama sekali peminat fanatik. Mari kita lihat antara busana menarik yang dipakai oleh artis kita semasa perkahwinan mereka.

Abby Abadi dan Farhan



Pasangan ini telah berkahwin pada Julai 2013. Abby kelihatan sangat manis mengenakan baju pengantin berwarna hijau dan selendang yang labuh. Warna ini kelihatan sangat lembut dan sangat sesuai dengan Abby sendiri. 


Fiza dan Adam



Pasangan ini bernikah pada bulan September 2013. Semasa majlis akad nikah, Fiza mengenakan jubah berwarna putih yang sangat cantik. Dia juga mengenakan purdah. Busana yang dikenakan oleh pasangan ini sangat cantik. Fiza juga mengenakan selendang labuh yang sedondon dengan jubahnya. 



Diana Amer dan Habib



Seorang lagi pelakon dan pengacara yang sangat jelita telah berkahwin pada bulan Oktober tahun ini. Diana Amer telah berkahwin dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman. Diana tampil dalam busana putih pink sedondon dengan suaminya. Warna yang digunakan sangat lembut dan sesuai dengan perwatakan Diana sendiri. 

Mawar dan Fizo



Perkahwinan pasangan ini sangat dinantikan oleh para peminat terutama peminat Fizo. Pasangan ini juga telah mengenakan busana pengantin yang berwarna putih dan paling penting Mawar telah memakai tudung dari Fareeda. 

Ini adalah antara sebahagian dari perkahwinan artis yang berkahwin pada tahun ini. Mereka sangat cantik dalam busana perkahwinan masing-masing. Walaupun mengenakan busana perkahwinan yang cantik namun mereka tidak lupa untuk menutup aurat. Mereka kelihtan lebih manis dan sopan.




Selasa, 24 Disember 2013

Shawl Halfmoon bermain dengan Corak dan Warna

Pada masa kini para wanita semakin meminati tudung yang bercorak dan bukan setakat tudung yang mempunyai satu warna sahaja. Ini kerana mereka kini telah berani untuk bermain dengan corak dan warna.

Shawl Half Moon Layer Chiffon Korea Eksklusif

Saliza Shawl Half Moon Layer Chiffon Korea Eksklusif 6

Banyak corak yang terbaru yang mengetengahkan corak yang pelbagai contohnya seperti ini. Ini adalah corak abstrak dan ia merupakan gabungan antara tudung yang bercorak dan plain.

Shawl Half Moon Corak Chiffon
Suraya Shawl Half Moon Corak Chiffon 9

Ini merupakan selendang halfmoon yang mempunyai corak abstrak. Ramai yang meminati selendang yang mempunyai corak begini kerana mereka senang untuk memadankan dengan apa-apa warna baju mereka. Ini kerana kebanyakan selendang ini akan menggunakan pelbagai warna.

Shawl Chiffon Double Corak Plain

Annisa Shawl Chiffon Double Corak Plain 7

Ini pula selendang yang bercorak floral dan digabungkan dengan plain. Warna yang digunakan pula dari warna yang agak sama. Oleh itu mereka boleh memilih untuk memakai sebelah plain atau sebelah yang mempunyai corak.

Shawl Chiffon Korea Eksklusif
Aisya Shawl Chiffon Korea Eksklusif Corak 6

Ini adalah selendang yang sangat unik. Ini kerana selendang ini mempunyai hujung yang berbeza dengan selendang lain. Hujung selendang ini berbentuk bulat. Oleh itu kita boleh pakai selendang ini dengan banyak gaya. Disamping itu selendang ini juga sangat panjang.

Terdapat pelbagai corak yang terdapat di pasaran dan yang paling terbaru. Ini hanyalah antara tudung dan selendang yang terdapat di pasaran. 

Selasa, 17 Disember 2013

Tudung Segi Empat yang Terbaru di pasaran

Tudung segi empat kini bukan sahaja diperbuat daripada tudung bawal sahaja malah telah diperluas dari bahan lain. Contohnya daripada viskos, polister dan lain-lain lagi. Ini antara tudung segi empat yang terbaru.


Tudung Segi Empat Bidang 50 Corak
Anita Tudung Segi Empat Bidang 50 Corak 12  Anita Tudung Segi Empat Bidang 50 Corak 10

Tudung segi empat ini diperbuat daripada viskos. Corak yang digunakan pada tudung segi empat ini kelihatan sangat eksklusif. Tudung ini mempunyai pelbagai warna. Ia tidak terlalu besar tapi tidak terlalu kecil kerana ia mempunyai bidang 50. Ia sangat sesuai untuk dipakai dalam cuaca di negara kita. 


Anita Tudung Segi Empat Bidang 50 Corak 9   Anita Tudung Segi Empat Bidang 50 Corak 7

Tudung ini juga mempunyai corak-corak lain yang juga cantik. Ia mempunyai warna yang pelbagai. Ia juga mempunyai bidang 50. Apa yang membezakan tudung ini dengan tudung segi empat yang lain ialah ia mempunyai corak penuh pada bahagian tudung. Tudung ini juga dipenuhi dengan warna-warna. 



Anita Tudung Segi Empat Bidang 50 Corak 6  Anita Tudung Segi Empat Bidang 50 Corak 5

Tudung ini sama seperti tudung segi empat yang lain. Tetapi apa yang membezakan ialah ia mempunyai corak yang unik pada bahagian tengah tudung ini. Tudung ini diperbuat daripada kain viskos dan sangat sejuk. Ia 
boleh dipakai sepanjang hari dan sangat selesa.

Tudung Segi Empat Chiffon 2 Layer

Dahlia Tudung Segi Empat Chiffon 2 Layer Biru  Dahlia Tudung Segi Empat Chiffon 2 Layer Biru

Ini adalah antara tudung segi empat yang paling baru di pasaran. Tudung ini mempunyai 2 lapis iaitu ada 2 warna. Kita boleh pilih untuk pakai satu warna dalam satu masa ataupun dua warna sekaligus. Tudung ini diperbuat daripada sifon dan semestinya ia sangat selesa. 
    
Terdapat pelbagai jenis tudung segi empat yang terkini yang kita boleh dapati di pasaran. Ada coraknya yang sama dengan selendang. Namun ia bergantung kepada keselesaan fesyen yang kita bawa. 


Isnin, 16 Disember 2013

Tudung Bawal Terkini di Tudung2u

Tudung bawal terus terkenal dan sentiasa dipakai dari masa ke semasa. Bukan sahaja oleh golongan yang sudah berumur tetapi dari golongan muda seperti pelajar dan juga wanita bekerjaya. Tudung2u sentiasa keluar dengan corak tudung bawal yang terkini. Mari kita lihat antara corak terbaru yang ada di tudung2u. 



Assyura Tudung Bawal Tone Sulam Manik Batu Belakang Pink  Assyura Tudung Bawal Tone Sulam Manik Batu Belakang Pink

Tudung ini mempunyai corak yang menarik dan warnanya yang cantik. Gabungan warna yang digunakan iaitu pink dan biru menjadikan tudung bawal ini sangat cantik. Sulaman bunga juga menggunakan gabungan dari warna yang sama. 



Assyura Tudung Bawal Kelantan Plain Batu Bulan Cekik Tepi Purple   Assyura Tudung Bawal Kelantan Plain Batu Bulan Cekik Tepi Purple
   

Tudung ini mempunyai manik yang disulam dengan sangat cantik. ia juga mempunyai warna yang cantik dan kontra dengan warna manik. Manik ini disulam dengan sulaman bentuk bunga. 



Assyura Tudung Bawal Tone Sulam Bunga Cekik Tepi Batu Hijau Assyura Tudung Bawal Tone Sulam Bunga Cekik Tepi Batu Hijau

Ini pula tudung bawal yang mempunyai sulaman bunga yang pada bahagian tepi tudung ini. Terdapat juga sulaman bunga pada bahagian belakang tudung bawal ini. Tudung bawal ini mempnyai gabungan 2 warna yang sangat kontra iaitu hijau dan kuning. 




Assyura Tudung Bawal Tone Labuci Batu Belakang Purple


Warna yang digunakan pada tudung ini ialah warna ungu dan biru. Sulaman bunga pula sangat banyak pada bahagian belakang tudung ini. Ia menjadikan tudung ini sangat unik. 


Tudung bawal tidak pernah ketinggalan zaman. Ini kerana sentiasa ada pembaharuan yang dilakukan ke atas tudung bawal. Tudung bawal yang berkualiti memang senang dipakai, mudah dibentuk dan lembut. Oleh sebab itulah tudung bawal sentiasa menjadi pilihan wanita. 









Isnin, 9 Disember 2013

Selendang Terhangat di Pasaran Sekarang

Terdapat pelbagai jenis selendang yang ada di pasaran sekarang. Selendang juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan corak. Selendang juga terdapat dari jenis yang berbeza antaranya sifon, kapas dan viskos. 


Anita Shawl Labuh Satin Corak 4


Selendang ini mempunyai corak jalur dan ia juga mempunyai warna yang pelbagai. Ia diperbuat daripada satin dan ia sangat lembut. Selendang ini sesuai dipakai dalam apa juga keadaan, panas atau hujan. Ia juga sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita. 

Anita Shawl Labuh Satin Corak 2

Selendang ini pula sangat unik dan menarik. Ia mempunyai corak 'leopard' atau harimau bintang. Selendang ini sangat sesuai untuk mereka yang meminati corak binatang ini. Warna yang digunakan juga sangat sesuai dan cantik. 


Aqilah Shawl Labuh Viscose Corak 3

Selendang ini diperbuat daripada viskos. Walaupun ia lebar dan besar, namun ia tidak menjadi masalah kerana selendang ini tidak panas dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. 


Aqilah Shawl Labuh Viscose Corak 11

Ini juga selendang yang diperbuat daripada viskos. Corak rama-rama yang terdapat pada selendang ini juga menjadikan selendang ini cantik.Ia tidak terlalu nipis namun tida terlalu tebal. Cukup selesa untuk dipakai di bawah cahaya matahari. 

Selendang antara barang yang paling penting yang harus ada dalam almari seseorang wanita. Ini kerana para wanita memakai selendang dengan kerap. Oleh itu selendang merupakan sesuatu yang wajib. 


Khamis, 5 Disember 2013

Pakai Selendang Terkini dengan Ringkas

Selendang boleh menjadi paling ringkas dan kadang-kadang boleh menjadi paling rumit untuk dipakai. Terdapat banyak cara untuk memakai selendang, ada yang senang dan ada yang sangat susah sehingga kita tidak dapat untuk meniru gaya yang dibuat. Mari kita lihat antara selendang yang menjadi 





Selendang yang dipakai adalah selendang yang sangat ringkas tetapi ianya telah dipakai dengan cara yang menarik dan unik. Warna yang digabungkan dengan selendang ini juga sangat menarik menjadikan ianya sangat unik.




Selendang ini juga agak ringkas. Ia hanya ditambah dengan anak tudung dari rona yang berbeza. Kemudian selendang itu dipakai dengan cara biasa dengan melabuhkan bahagian depan.




Selendang ini pula mengunakan selendang jenis plain. Warna selendang ini cantik dan menyerlah. Cara pemakaian selendang ini ringkas sahaja. Apa yang menjadikan selendang ini unik ialah oleh kerana ianya labuh,cara pemakainya kelihatan rumit walaupun ia tidak serumit mana.




Selendang ini pula dipakai dengan memakai tudung lain di bahagian dalam. Tudung di bahagian dalam dipakai dengan warna lain. Selalunya warna yang digunakan ialah warna yang kontra. Ini penting bagi membuatkan kedua-dua tudung ini dapat dilihat perbezaannya.

Ini adalah antara selendang yang terbaru di pasaran kini. Terdapat banyak lagi cara yang telah dicipta dalam pemakaian selendang. Namun ianya bergantung kepada para wanita yang memakai selendang sendiri. Ini kerana mereka mempunyai cara tersendiri dalam memakai tudung mereka.