Rabu, 6 Mac 2013

Selendang Bulat Yuna

kini terdapat pelbagai jenis tudung yang muncul yang kadang-kadang kita tidak sempat untuk membeli dan mengikuti perkembangannya. Ini antara tudung yang terbaru.

selendang bulat Yuna (kapas)



ini adalah selendang yang terbaru di pasaran. uniknya selendang ini tidak mempunyai hujung. Ia telah dijahit pada kedua-dua hujung. Jadi kita harus memakainya secara kreatif. Namun terdapat banyak laman-laman sosial yang boleh kita lihat jika kita ingin mengetahui cara untuk memakai selendang ini.

selendang bulat Al-Humaira Contemporary (sifon)

THEA - TH 14  THEA - TH 12

Ini pula koleksi terbaru dari Al-Humaira. Selendang bulat sifon ini juga sama seperti selendang Yuna. Pada kedua-dua belah hujungnya telah dijahit dan ianya bulat. Apa yang membezakan selendang ini daripada selendang Yuna ialah selendang ini diperbuat daripada sifon manakala selendang Yuna diperbuat daripada kapas atau cotton. Kedua-dua jenis ini sangat sesuai untuk dipakai di negara kita yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun kerana ianya sangat nipis. Apabila kita memakainya kita tidak akan berasa berat dan panas.

selendang halfmoon




selendang ini juga semakin menjadi kegemaran ramai terutama golongan remaja. Selendang ini mempunyai manik yang penuh dibahagian kepala yang dipanggil crown.terdapat juga selendang halfmoon yamg mempunyai manik-manik jurai di bahagian bawah dan sisi selendang itu. selendang ini juga turut terdapat pelbagai warna.




Namun, terdapat juga selendang halfmoon yang mempunyai satu warna sahaja. ia juga turut mempunyai manik-manik di atas kepala dan manik-manik jurai di bahagian bawah dan sisi.



Selain selendang halfmoon yang dipenuhi dengan manik-manik, terdapat juga selendang halfmoon yang kosong. tetapi mempunyai pelbagai warna. selendang halfmoon ini biasanya dipanggil padlepop. kerana ia sama seperti aiskrim padlepop. dan sangat berwarna-warni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan