Selasa, 10 Mac 2015

WARNA LEMBUT MENGGAMBARKAN KELEMBUTAN WANITA

Pada masa sekarang warna yang semakin mendapat perhatian ialah warna-warna lembut. Antaranya pastel, warna tanah, warna biru lembut dan sebagainya.Ini kerana para wanita memang sudah lama menggemari warna ini yang sangat sinonim dengan warna-warna kegemaran wanita.





Tudung Tekstur Sifon Aida - Biru Muda

Warna biru muda sangat diminati oleh kaum wanita kerana warna ini lembut dan sangat cantik. Para wanita sangat mementingkan warna yang penuh kelembutan untuk melambangkan kelembutan yang ada pada mereka. 




Shawl Half Moon Tamara Powder Pink

Warna pink boleh dikatakan sebagai warna wajib bagi kebanyakkan wanita. Jadi tidak hairanlah kalau seseorang wanita itu meminati warna yang sudah menjadi lambang wanita ini. Selain lembut dan cantik, warna ini juga dapat menenteramkan mata yang memandang. 




Tudung Sifon Aida - Buih Laut

Hijau memang terkenal dengan warna yang dapat merawat mata. Jika sesiapa yang sukakan hijau dikatakan seorang yang sangat penyayang dan sukakan keamanan. Apatah lagi warna hijau pastel yang lembut ini. Mesti lagi ramai yang suka bukan?
 


Shawl Half Moon Tamara Sand

Ini mungkin warna yang agak baru tetapi warna 'sand' atau warna pasir ini sudah menjadi satu warna yang digemari oleh ramai gadis. Warna ini lembut dan sesiapa yang memakainya akan masuk ataupun kena dengan warna pasir ini. Tidak kira anda berkulit gelap atau cerah pasti anda akan kelihatan cantik dengan warna ini. 


Ini adalah antara tudung yang menarik perhatian para gadis di luar sana. Warna pastel dan warna lembut ini memang dekat dengan para gadis kerana ianya sendiri telah menggambarkan peribadi seorang gadis itu. Penuh kelembutan dan keayuan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan