Jumaat, 15 Februari 2013

Fesyen Terbaru Tudung Tahun 2013

Fesyen tudung yang terbaru yang boleh didapati di pasaran. Terdapat pelbagai warna, saiz dan labuh. 


Tudung Bawal Chiffon 2 Layer  Tudung Bawal Chiffon 2 Layer

Ini adalah gaya terbaru yang boleh kita lihat dalam gaya bertudung. Tudung ini mempunyai 2 lapis atau 'layer'. Ini membolehkan kita mempunyai 2 lapis tudung yang boleh dipakai pada bila-bila masa. Jika kita ingin memadankan dengan warna tudung kita kita hanya perlu tukar dan memakainya menggunakan warna yang lain. 

Tudung Bawal Chiffon 2 Layer  Tudung Bawal Chiffon 2 Layer  

Gaya tudung yang terbaru ini menjimatkan masa kita. Selain itu ia juga ia menjadikan almari kita kurang semak. Kita boleh menjimatkan ruang kita. Selain itu juga ia telah direka dengan warna-warna yang ceria dan cantik. 

    

Ini adalah salah satu contoh trend yang terbaru dalam bertudung. Tudung ini tidak susah untuk dipakai kerana ia mempunyai cara tersendiri untuk memakainya. Walaupun ia nampak rumit,namun ia tidak serumit yang disangka.

  

Ini pula tudung yang mempunyai manik di atas kepala atau dipanggil 'crown'. Ini kerana ia menyerupai mahkota yang dipakai di atas kepala. Manik di atas kepala dijahit dengan lebat. Ia mempunyai gabungan antara manik dan sedikit sulaman. Pada hujung tudung itu pula dijahit manik yang berjurai untuk menjadikan tudung ini tidak terlalu kosong. Ini juga merupakan antara trend yang terbaru dalam pemakaian tudung bawal. 

    Tudung Bawal Express Hanis Square


Sekarang sudah ada bermacam-macam trend dalam pemakaian tudung terutamanya untuk tudung bawal. Terdapat yang segera atau 'instant'. Juga terdapat yang dijahit dibahagian kepala dan terdapat juga yang dijahit pada bahagian bawah tudung bawal itu sendiri. Walaupun tudung bawal kini telah dicipta dalam pelbagai bentuk namun ia telah diberikan suntikan baru agar ia tidak nampak kosong dan menarik untuk dipakai. Terdapat juga tudung bawal yang mempunyai pelbagai jenis warna. 


    

 Ini pula jenis tudung bawal yang telah sedia dijahit. Disamping mempunyai warna-warna yang menarik ia juga telah disulam pada bahagian hujung tudung. Dan sulaman itu dipanggil sulaman jari hantu. Ia menjadikan tudung bawal 'instant' ini lebih menarik dan unik. Walaupun ia tidak dijahit dengan manik-manik, namun ia tetap kelihatan cantik dengan warna-warna yang menarik dan berwarna-warni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan