Khamis, 7 Februari 2013

Trend Terbaru Tudung Segera

Tudung-tudung sekarang telah banyak yang diberi revolusi dalam cara pemakainya dan dari bahan pembuatannya. terdapat juga tudung yang lama dulu kita tidak lihat tetapi ia telah menjadi kegemaran ramai golongan muda sekarang.



        

Salah satu revolusi yang kita boleh lihat pada masa kini ialah mengenai tudung 'instant' atau tudung sarung. pada awal kemunculannya tudung sarung hanya mempunyai satu atau 2 warna sahaja. Ia juga tidak mempunyai corak-corak dan hiasan yang seperti kita dapat lihat sekarang. Namun sehingga kini tudung 'instant' yang kosong masih menjadi pilihan ramai antara kita.Ini kerana tudung jenis ini senang untuk disesuaikan dengan warna,corak baju dan jenis baju itu sendiri.



Antara tudung-tudung yang mengalami transformasi..



 




Setelah melalui pelbagai revolusi, tudung 'instant' ini telah  berubah dan menjadi sedikit meriah dengan perkembangan yang telah dilalui. Sedikit demi sedikit ia menjadi lebih berwarna-warni dan mempunyai banyak corak


 



Namun selepas itu tudung ini pula melalui satu transformasi apabila ia semakin digemari oleh penggemar tudung sarung. Semakin banyak cara dan jenis yang dihasilkan untuk membuatkan tudung sarung ini tidak ketinggalan berbanding tudung-tudung lain di pasaran.



    


Kemudian tudung ini pula telah dicipta dengan pelbagai rekaan.terdapat banyak hiasan di sekelilingnya.




  tudung  


Terdapat satu lagi trend yang terkini dalam tudung 'instant' iaitu tudung 'instant' yang mempunyai banyak lapis atau dipanggil tudung 'layer'. Terdapat banyak jenis dan trend tudung 'layer' sekarang. Antaranya:




    



Sekarang ini terdapat banyak jenis tudung 'instant' yang terdapat di pasaran. Juga terdapat banyak jenama yang terdapat di Malaysia yang menyediakan tudung -tudung 'instant' seperti ini antaranya Fareeda, Hajaba, D'Haja dan lain-lain lagi. Kita boleh memilih mana-mana tudung yang kita rasakan sesuai dengan kita yang dijual dengan harga yang perpatutan. Kita boleh memilih tudung yang dijual dengan melihat kepada bahan buatannya, kekemasannya, dan hiasan yang digunakan kepada tudung tersebut. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan