Khamis, 18 April 2013

Syabas! Artis Yang Bermula Bertudung - Part 2

jika kita perhatikan semakin ramai artis-artis remaja yang mula memakai tudung atau hijab. Pujian harus kita berikan kepada mereka yang sudah mula berfikir ke arah kebaikan dan mendapat hidayah untuk berubah itu. Namun bukan artis remaja sahaja yang mulai berubah,tetapi artis-artis veteran atau yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni. Mari kita lihat antara artis-artis yang sudah mulai memakai hijab..

MELISSA SAILA

melissa saila  

Melissa Saila bukan nama baru dalam dunia hiburan. Namun perkara baru ialah apabila dia sudah mulai memakai tudung. Walaupun sudah lama dalamdunia hiburan, namun Melissa Saila masih kelihatan awet muda. 

ALYAH

alyah bertudung  

Sekembalinya dari umrah, penyanyi terkenal Alyah,telah memilih untuk menutup aurat dengan memakai tudung. Dia kelitahn begitu ayu sekali apabila mengenakan tudung litup seperti ini. 

SYARIFAH ALEEYA 


Syarifah Aleeya merupakan seorang pengacara radio atau dj di sebuah stesyen radio tempatan. Dia sudah mula memakai tdung sejak ramadhan tahun lepas. Dia juga berharap agar penghijrahan dia ini akan kekal sampai bila-bila. 

AZZA ELITE

 

Ini pula gambar terbaru penyanyi dan pelakon Malaysia,Azza Elite. Dia baru mula berhijrah pada awal tahun ini. Biarpun sudah berubah penampilannya,namun dia berharap rezekinya dalam industri hiburan tidak akan putus. Lebih-lebih lagi apabila suaminya menyokong penuh hasratnya itu. 

ENOT


Enot kini semakin ayu dengan penampilan terbarunya. Dia menyatakan yang dia masih lagi berperangai gila-gila walaupun sudah memakai tudung. Namun dia telah membataskan segala pergaulannya dan menjaga tingkah lakunya. 

NOORKHIRIAH


Noor memulakan langkahnya dengan menutup rambut dan telinganya dulu. kemudian baru diikuti dengan memakai tudung litup. Dia mengatakan yang suaminya yang mendesak dia memakai tudung dan membuat perubahan ini. 

Memang sudah ramai artis sekarang yang mulai sedar tentang kepentingan untuk menutup aurat. Ramai juga yang masih dalam proses untuk berubah ke arah kebaikan. Kita sama-sama doakan agar lebih ramai lagi artis-artis di luar sana akan mengikut jejak langkah artis yang sudah pun berhijrah ini. 
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan