Jumaat, 19 April 2013

Syabas! Artis yang Bermula Bertudung

Masa kini sudah menjadi perkara yang biasa apabila seseorang artis itu mula memakai tudung. Ini kerana mereka kini sudah diberi kesedaran dalam diri mereka. Banyak artis yang kini sudah mula berubah untuk memakai tudung. Entri semalam hanya beberapa sahaja. Mari kita lihat antara beberapa artis lagi yang sudah mula memakai tudung.

DR HARLINA

drhalina-yunos-bertudung-bella2

Walaupun dia bukan seorang penyanyi atau pelakon terkenal namun ramai telah mengenali Dr. Harlina apabila dia mengahwini angkasawan negara Datuk Dr, Muzaffar. Pada awalnya dia tidak bertudung namun dia mulai memakai tudung tahun lepas. 


SITI NURDIANA
   

Nana merupakan nama panggilan manjanya. Dia telah mula memakai tudung sejak 2 tahun. Dia mengatakan yang dia memakai tudung bukan kerana fesyen semata-mata tetapi kerana dia yang mahu untuk berubah..

PUTERI SARAH LIYANA

puteri sarah liyana tudung

Pelakon ini dulunya sangat agak seksi. Namun kita harus memberi pujian kepadanya kerana dia sudah mula berubah ke arah kebaikan dengan memakai tudung. 

kita harus memberi pujian kepada semua yang ingin berubah kerana tidak semua boleh melakukan perubahan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan