Jumaat, 19 Julai 2013

Pernah Beli Tudung Bawal dari Kelantan?

Pernahkan anda beli tudung bawal dari kelantan?  Selain kualiti kain tudungnya yang tinggi, tudung bawal kelantan juga mempunyai corak yang sangat cantik. Ini adalah antara beberapa jenis tudung bawal kelantan. 

TUDUNG BAWAL SULAM BATIK BATU

Tudung Bawal Kelantan No.1 Sulam Batik Batu

Tudung bawal sulam batik batu ini mempunyai sulaman bercorak batik dan dihiasi dengan batu-batu yang berkualiti tinggi. Corak yang unik iaitu corak batik menjadikan tudung ini sangat cantik.

TUDUNG BAWAL PELANGI BATU

Tudung Bawal Kelantan No.1 Pelangi Batu Gred AAA

Tudung bawal ini berbeza dengan yang lain kerana tudung ini mempunyai tona warna yang pelbagai. Sebab itu ia dipanggil pelangi. Selain itu, ia diserikan dengan manik-manik batu tampal di atas kepala atau crown.


TUDUNG BAWAL BATU GRED AAA

Tudung Bawal Kelantan No.1 Batu Gred AAA

Ini pula tudung bawal batu gred AAA. Tudung bawal ini mempunyai 2 tona warna yang berbeza. Selain itu, tudung ini juga mempunyai manik yang dijahit di atas kepala dan manik ditepi tudung.

TUDUNG BAWAL KELANTAN NO. 1 SULAM BUNGA

Tudung Bawal Kelantan No.1 Sulam Bunga

Ini pula adalah jahitan sulam yang dijahit pada bahagian atas tudung bawal ini. Apa yang menariknya sulaman ini adalah sulaman tangan. Itu yang menjadikan tudung bawal jenis ini agak mahal.

TUDUNG BAWAL KELANTAN NO.1 SULAM 

Tudung Bawal Kelantan No.1 Sulam

Tudung bawal ini nampak seperti tudung bawal biasa namun apa yang yang menjadikan ianya unik ialah perhiasan yang ada di hujung tudung itu. Sulaman yang dijahit pada bahagian tepi tudung itu sangat cantik.


Ini adalah antara tudung bawal yang berkualiti yang dihasilkan dari Kelantan. Banyak lagi koleksi yang berkualiti dan cantik serta mempunyai banyak corak-corak yang menarik.  









Tiada ulasan:

Catat Ulasan