Khamis, 24 Oktober 2013

Trend Tudung dan Selendang


Kadang-kadang kita terlampau ingin mengikut fesyen semasa sehingga kita menjadi mangsa fesyen. Ada gaya terkini yang tidak sesuai dengan kita. Mungkin dari segi raut wajah kita, dari segi paras ketinggian kita atau dari segi saiz badan kita. Ada juga yang mengatakan mereka tidak kisah apa yang sesuai dengan mereka asalkan mereka kekal dengan fesyen terkini. 



Jika muka kita bulat, kita tidak berapa sesuai untuk memakai selendang. Ini kerana ia akan menjadikan muka kita semakin bulat. Sebaiknya kita memakai tudung segera yang mempunyai awning untuk menampakkan muka kita tirus dan panjang. Tetapi jika kita ingin memakai selendang, kita boleh memakai anak tudung yang mempunyai awning yang keras di dalam bagi menampakkan muka kita memanjang. Seperti Abby Abadi, dia memakai anak tudung yang mempunyai awning yang keras di dalam kerana wajahnya yang comel.






Selain itu, jika kita mempunyai raut wajah yang tidak terlalu tembam atau tidak bulat, kita boleh memakai apa-apa jenis tudung atau selendang. Contoh seperti Diana Amer. Dia mempunyai raut wajah yang tirus dan tidak terlalu bulat membolehkan dia memakai apa jua tudung atau selendang. Tetapi kelihatannya dia sangat suka mengenakan selendang kerana mungkin dia boleh pelbagaikan gaya memakainya.






Selain itu juga, jika muka kita agak bulat, kita tidak sesuai untuk menggayakan selendang gaya hana tajima. Ini kerana gaya ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka yang tirus. Tetapi banyak lagi gaya yang terbaru yang boleh diikuti oleh mereka yang mempunyai bnetuk wajah yang bulat. Kita boleh memakai selendang dengan hanya meletakkan selendang itu tanpa pin.Pakai selendang itu dengan cara sedikit 'messy' supaya ia kelihatan serabut tetapi cantik.





Jika kita jenis yang tidak suka tudung atau selendang yang mempunyai pelbagai jenis corak, kita boleh memakai selendang yang berwarna plain atau hitam dan padankan anak tudung yang berwarna kontra. Walaupun plain, tetapi kita akan kelihatan menawan kerana berani memadankan pelbagai warna dalam pemakaian kita. Tetapi kita harus berhati-hati kerana mungkin ada warna yang tidak sesuai dengan kita. Oleh itu, jangan padankan warna yang pelik dan sentiasa bersederhana. Ini adalah contoh padanan warna yang cantik untuk kita jadikan ikutan.






Apa yang paling penting ialah kita harus sentiasa bersederhana dalam semua hal. Termasuk hal berpakaian. Tetapi kita juga boleh untuk menyerlah sekali sekala tetapi jangan sampai melampau dan akan memalukan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan