Jumaat, 11 Oktober 2013

Warna memainkan Peranan Penting dalam Kehidupan Seharian

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita memakai tudung, benda yang paling utama kita akan fokuskan ialah warna yang sesuai dengan pakaian kita. Oleh itu, kita harus tahu untuk menggabungkan warna dalam pemilihan pakaian kita sehari-hari. 

tudung bawal plain 

Tudung Bawal Plain Kangaroo

Warna plain adalah antara warna yang paling mudah untuk dipadankan dengan pakaian. Ini kerana ianya mempunyai satu warna sahaja dan kita boleh padankan dengan pelbagai corak. Contohnya warna oren ini boleh dipadankan dengan warna hijau atau warna coklat. Kita juga boleh pakai pakaian yang mempunyai corak yang pelbagai seperti tribal atau floral.

tudung bawal kelantan no1 Airis manik batu tone korea

Tudung Bawal Kelantan No.1 Airis Manik Tone Batu Korea

Ini pula tudung bawal yang mempunyai 3 tona warna dan manik serta batu. Tudung ini juga boleh dipakai dengan baju yang mempunyai corak yang pelbagai. Tudung ini juga sesuai jika kita memakai baju berwarna biru atau merah. Kita juga boleh pakai dengan seluar atau dengan baju kurung yang mempunyai pelbagai corak.

tudung awning sifon layer plain

Tudung Awning Chiffon Layer Plain

Seperti tudung plain, tudung awning ini juga senang untuk dipadankan. Kelebihan tudung ini daripada tudung bawal plain ialah ia mempunyai lebih banyak pilihan warna. Tudung ini mempunyai 3 lapisan warna yang berbeza. Tetapi, kita tidak boleh padankan dengan warna yang tiada pada tudung kita kerana mungkin kita akan nampak terlalu sarat dengan warna. Oleh itu cuba suai padan dengan bijak warna-warna yang terdapat pada tudung dan pakaian anda.

tudung awning lycra corak

Tudung Awning Lycra Corak

Tudung ini sudah terlalu sarat dengan corak dan warna yang sangat terang. Tudung ini sesuai dipadankan dengan pakaian yang ringkas dan warna yang tidak terlalu menonjol. Warna yang paling sesuai untuk dipadankan dengan tudung ini ialah kuning dan boleh juga dipadankan dengan warna ungu muda.


selendang halfmoon 2 layer border
Dahlia Selendang Half Moon 2 Layer Border Hijau

Selendang ini mempunyai warna plain dan garisan pada bahagian depan selendang ini. Ini memudahkan bagi kita untuk memadankan tudung dengan warna yang sesuai dengan baju yang kita pakai. Kita boleh memakai selendang ini dengan baju yang berwarna ungu muda ataupun warna hijau.

selendang panjang viscose

Hanania Selendang Panjang Viscose Corak Tribal Hijau

Selendang jenis ini sangat panjang dan lebar. Untuk penggunaan warna pula, selalunya jika kita memakai selendang kita tak perlu untuk memadankan selendang kita dengan warna selendang yang kita pakai. Tetapi untuk selendang ini, kita juga boleh memadankan selendang ini dengan warna hijau muda.

Oleh itu warna memainkan peranan penting dalam pemakaian kita. Namun begitu, kita yang harus pandai dalam memilih warna yang sesuai untuk kehidupan kita. Apa yang paling penting ialah kita harus pandai memilih warna dan corak. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan