Selasa, 19 November 2013

Revolusi tentang Tudung dan Selendang

Tudung kini telah mengalami pelbagai evolusi yang telah menjadikan tudung atau selendang lebih selesa dan mesra pengguna. Oleh itu wanita zaman kini tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak bertudung pada zaman kini. Mari kita lihat antara tudung yang telah mengalami revolusi pada zaman kini.

Selendang halfmoon

Kalau dulu kita hanya pakai selendang yang biasa iaitu yang berbentuk petak dan panjang. Namun kini kita sudah boleh lihat selendang halfmoon yang mempunyai hujung yang separa bulat. Ia merupakan antara revolusi kepada selendang dan membuatkan ramai wanita mula meminati selendang.


Selendang pashmina

Selendang ini sudah lama berada di pasaran. Namun sejak dari dulu selendang jenis ini telah menjadi kegemaran para wanita. Ini kerana Selendang ini sangat mudah untuk menggayakan. Disamping senang untuk menggayakan, selendang ini sangat selesa untuk dipakai.


Tudung awning

Kalau dahulu para yang wanita sering menggayakan tudung bawal sahaja. Namun kini terdapat tudung sarung yang membolehkan kita memakai tudung itu begitu sahaja. Iaitu tudung segera atau instant. Ramai yang menggemari tudung ini kerana ia senang untuk dipakai. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang sangat sibuk dan mementingkan masa. Tambahan pula tudung ini mempunyai pelbagai corak yang menarik.

Tudung bawal

Walaupun tudung bawal ini agak rumit namun ia tidak menghalang para wanita untuk memakai tudung ini. Ini kerana tudung ini harus digosok dan dipin. Ia juga memerlukan penjagaan kerana kebanyakkan kain tudung bawal yang lembut. Selain itu tudung bawal juga telah mengalami revolusi iaitu mempunyai sulaman yang sangat cantik.

Revolusi yang berlaku kepada tudung dan selendang hanya mengikut peredaran masa dan ianya sering diubah dari masa ke masa. Sebab itu wanita harus sentiasa untuk mengikut perkembangan semasa kerana tudung berkembang dan berubah dengan cepat.   
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan