Jumaat, 27 Disember 2013

Busana Menarik yang dipakai oleh Artis semasa Perkahwinan

Perkahwinan artis adalah antara yang ditunggu oleh para peminat. Terutama sekali peminat fanatik. Mari kita lihat antara busana menarik yang dipakai oleh artis kita semasa perkahwinan mereka.

Abby Abadi dan Farhan



Pasangan ini telah berkahwin pada Julai 2013. Abby kelihatan sangat manis mengenakan baju pengantin berwarna hijau dan selendang yang labuh. Warna ini kelihatan sangat lembut dan sangat sesuai dengan Abby sendiri. 


Fiza dan Adam



Pasangan ini bernikah pada bulan September 2013. Semasa majlis akad nikah, Fiza mengenakan jubah berwarna putih yang sangat cantik. Dia juga mengenakan purdah. Busana yang dikenakan oleh pasangan ini sangat cantik. Fiza juga mengenakan selendang labuh yang sedondon dengan jubahnya. 



Diana Amer dan Habib



Seorang lagi pelakon dan pengacara yang sangat jelita telah berkahwin pada bulan Oktober tahun ini. Diana Amer telah berkahwin dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman. Diana tampil dalam busana putih pink sedondon dengan suaminya. Warna yang digunakan sangat lembut dan sesuai dengan perwatakan Diana sendiri. 

Mawar dan Fizo



Perkahwinan pasangan ini sangat dinantikan oleh para peminat terutama peminat Fizo. Pasangan ini juga telah mengenakan busana pengantin yang berwarna putih dan paling penting Mawar telah memakai tudung dari Fareeda. 

Ini adalah antara sebahagian dari perkahwinan artis yang berkahwin pada tahun ini. Mereka sangat cantik dalam busana perkahwinan masing-masing. Walaupun mengenakan busana perkahwinan yang cantik namun mereka tidak lupa untuk menutup aurat. Mereka kelihtan lebih manis dan sopan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan