Rabu, 30 Januari 2013

Tudung Halfmoon Manik yang cantik sekali

Zaman sekarang sudah terlalu banyak cara dan jenis tudung yang terdapat di negara kita..Antaranya jenis halfmoon. Halfmoon ialah jenis tudung yang separa bulat..Ianya terdapat pada tudung atau selendang. 

Ini ialah jenis tudung halfmoon. Kebanyakan tudung ini akan dihiasi dengan manik-manik,batu-batu atau sulaman. Hiasan ini selalunya akan lebih lebat di bahagian atas kepala dan hujung tudung.






Pada selendang pula, hiasan pula akan lebih di bahagian tengah-tengah selendang untuk memudahkan pemakai memakai selendang. Namun pada selendang pula hiasan juga terdapat pada hujung dan tengah-tengah selendang.Ini kerana selendang boleh dipakai dengan pelbagai cara. 






Selain itu juga terdapat tudung yang ditampal dengan bunga pada hujung tepi tudung tersebut.Tudung halfmoon juga sama seperti tudung-tudung lain yang terdapat di pasaran. Terdapat yang jenis bunga tebal dan terdapat juga bunga nipis. Kebanyakan tudung yang mempunyai hiasan yang tebal-tebal seperti ini dari jenis bawal plain.Ini kerana tudung yang kosong agak senang untuk dimasukkan dengan apa-apa hiasan dan warna hiasan itu sendiri. Kadang-kadang hiasan dengan warna tudung amat tidak sedondon tetapi ia tidak menjadi masalah. Ianya menjadi lebih unik dan cantik.

/.'

Terdapat banyak cara untuk memakai tudung yang boleh didapati di pasaran sekarang..Namun harus diingat agar tidak memakai yang berlebihan kerana sederhana itu cantik








Tiada ulasan:

Catat Ulasan