Jumaat, 25 Januari 2013

Tudung dan Shawl yang diperbuat daripada Sifon

SIFON

SIFON SIAP UNTUK DIPAKAI




Terdapat banyak tudung yang diperbuat daripada sifon. Antaranya jenis yang 'instant' ataupun boleh terus dipakai. Kainnya yang lembut membuatkan ianya sangat sasuai untuk dipakai. Disamping itu juga ianya sangat ringan,mudah dibentuk,nipis dan sejuk.Kini telah banyak butik-butik yang telah mereka tudung yang diperbuat daripada sifon. Jadi tidak susah untuk mendapatkan produk ini di pasaran.Antara contoh sifon ciap dipakai ialah:



SELENDANG



Ini pula selendang yang diperbuat daripada sifon. Saiznya agak sama dengan selendang-selandang yang lain namun apa yang membezakan selendang ini ialah ianya sangat lembut,licin dan nipis. Corak yang ditunjukkan pada setiap selendang juga menarik menjadikan ianya sangat digemari. Fabriknya yang nipis menjadikan ianya tidak terlampau berat dan kita tidak akan merasa tidak selesa jika memakainya.

SIFON MANIK


Sekarang banyak transformasi yang telah dibuat dalam fesyen tudung. Contohnya tudung jenis yang dihiasi dengan pelbagai jenis manik-manik dan batu-batu bermutu tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan