Selasa, 22 Januari 2013

Terdapat Banyak Jenis Selendang di Malaysia


Tidak dapat dinafikan bahawa selendang kini digemari oleh kebanyakan penggemar tudung di Malaysia. Walaupun ada yang mengatakan selendang ini agak rumit dan memerlukan masa yang agak lama untuk memakainya, namun kini telah terdapat banyak blok-blok dan video-video yang menunjukkan cara untuk memakai selendang dengan cepat,cara yang ringkas dan senang. Terdapat banyak jenis selendang antaranya:

SHAWL (COTTON,SIFON,SUTERA)

 Selendang Cotton Exclusive - Melur SALESelendang Sifon Sutera Ombak SALESelendang Sutera Suri H

Ini adalah antara jenis-jenis selendang yang menjadi pilihan hijabister pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis shawls iaitu dari jenis cotton,sifon,sutera dan sebagainya.Terdapat banyak gaya selendang yang boleh digayakan menggunakan selendang-selendang ini. Lagipun selendng ini senanag untuk dibentuk. Oleh kerana saiznya yang panjang, ia boleh digayakan dengan apa-apa gaya. Seperti melilit ke seluruh kepala, diselempangkan ke sisi atau apa-apa sahaja. Ramai yang menyukai fesyen ala-ala 'messy', iaitu jenis serabut. Ini kerana ianya mudah, cepat dan ringkas. Walau ramai yang menyatakan fesyen ini kelihatan serabut namun ia tetap popular dalam kalangan hijabister.   

PASHMINA


Umum mengetahui yang pashmina mungkin agak tebal berbanding jenis-jenis selendang yang lain. Namun begitu, ia tetap digemari oleh kebanyakan penggemar tudung. Ini kerana kainnya yang senang untuk dipakai, mudah untuk dibentuk dan ada jenis-jenis pashmina tidak perlu untuk pakai anak tudung di dalamnya kerana ia sudah tebal.Tambahan sekarang,pashmina kini sudah direka dalam pelbagai corak dan warna. Pashmina juga mempunyai jenis kain yang lembut dan agak keras. Jenis yang lembut agak susah untuk digayakan sedikit namuan ia agak selesa dan mudah terletak. Jenis yang keras pula senang untuk dibentuk tetapi ia agak tebal sedikit. 


TURBAN

Ini adalah antara fesyen terbaru  memakai tudung. Trend ini dipopularkan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Yuna. Ini adalah trend paling terbaru dalam pemakaian tudung di Malaysia sekarang. Walaupun ramai yang menyifatkan trend ini sangat tidak sesuai tapi masih ramai yang mula memakai turban seperti ini. Ketika mula-mula Yuna keluar dengan membawa fesyen seperti ini ramai yang memberi kritikan kepadanya. Namun dia tidak menghiraukan kritikan itu.Sekarang gaya turban makin menjadi ikutan terutamanya kepada golongan remaja.Gaya ini tidak susah kerana apa yang anda perlukan ialah sehelai tudung dan anda mengetahui cara untuk melilitnya ke atas kepala. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan