Isnin, 23 September 2013

Selendang Halfmoon Chiffon Terkini

Selendang kini telah menjadi kegemaran bukan sahaja para remaja malah ianya telah merebak kepada golongan wanita. Ini kerana selendang sangat cantik dan ringkas jika pemakainya tahu cara-cara untuk memakainya. Selendang yang makin hangat kini ialah selendang halfmoon sifon. 




Selendang Half Moon Chiffon Plain Manik Tepi


Selendang ini diperbuat daripada sifon dan semestinya ianya sangat lembut dan selesa. Ditambah pula dengan jahitan manik pada bahagian hujung menjadikan selendang ini sangat cantik dan menarik.


Selendang Half Moon Chiffon Plain 2 Layer

Ini juga selendang halfmoon yang diperbuat daripada sifon. Namun apa yang berbeza mengenai selendang ini ialah selendang ini tidak mempunyai apa-apa hiasan tetapi ianya mempunyai 2 tona warna yang berbeza. Tetapi jika pemakai ingin memakai 1 tona sahaja, pemakai itu boleh menterbalikkan selendang ini dan mmemakai 1 tona sahaja. Ianya terpulang kepada daya kreativiti pemakai itu sendiri.


Selendang Half Moon Chiffon 3 Tone

Ini pula selendang halfmoon juga diperbuat daripada sifon. Tetapi selendang ini mempunyai 3 tona warna yang berbeza. Ada yang memanggilnya dengan nama 'paddlepop'. Selendang ini sangat sesuai untuk golongan remaja kerana warnanya yang sangat menarik.

Selendang Half Moon Chiffon 3 Tone

Ini pula selendang halfmoon yang mempunyai lebuh daripada 3 tona warna. Ada yang menggemari selendang jenis ini kerana mereka mengatakan ia senang untuk dipadankan dengan banyak baju. Namun ada yang tidak menyukainya kerana ia terlalu banyak warna hingga menyakitkan mata. Namun pilihan terletak pada diri masing-masing.

Selendang halfmoon kini telah menjadi semakin popular dan digemari oleh semua golongan. Ini kerana ianya sangat unik berbanding dengan selendang-selendang yang sedia ada sekerang. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan