Jumaat, 6 September 2013

Tudung dan Selendang yang Unik dan Menarik

Selendang merupakan antara salah satu hijab yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sekadar dari golongan muda juga dari golongan yang sudah berusia. Ada yang mengatakan selendang ini susah untuk digayakan tetapi dengan pelbagai kemudahan teknologi kini, kita boleh menggayakan selendang dengan sangat mudah. ]


SELENDANG PANJANG SIFON POLKADOT
Selendang Panjang Chiffon Polkadot

Selendang ini terbahagi kepada 2 iaitu sebelah mempunyai corak polkadot dan satu lagi tidak mempunyai corak iaitu satu warna plain sahaja. Jika kita pakai, ia akan menampakkan seperti kita memakai 2 jenis selendang yang berbeza. Disamping warnanya yang menarik, selendang ini juga sangat unik.

SELENDANG PANJANG SIFON PLAIN DOUBLE LAYER

Selendang Panjang Chiffon Plain Double Layer

Selendang ini cukup selesa kerana ia diperbuat daripada kain sifon yang bermutu tinggi. Kita tidak akan merasa panas kerana selendang ini membenarkan peredaran udara. Jadi kita akan merasa selesa selama memakai selendang ini.

SELENDANG PANJANG VISCOSE CORAK

Selendang Panjang Viscose Corak

Selendang ini pula diperbuat daripada viscose dan ia juga sangat sesuai untuk dipakai untuk iklim seperti negara kita. Walaupun ianya agak panjang, namun kita boleh menukarnya mengikut keselesaan kita sendiri. Selendang ini mempunyai corak tribal yang sangat menarik dan warnanya juga sangat menyerlah.

TUDUNG BAWAL V-SHAPE BLACK LACE EKSKLUSIF 

Tudung Bawal V-Shape Black Lace

Ini adalah tudung bawal namun cara pakai tudung bawal ini sangat unik kerana ia dipakai seperti selendang. Ia tidak dilipat 3 seperti memakai tudung bawal sebaliknya dibuka dan cara pakainya agak seperti selendang. Ia sangat unik kerana corak dan cara pemakaian yang lain dari yang lain. Namun begitu, tudung ini juga boleh dipakai seperti tudung bawal biasa.

SELENDANG HALFMOON SIFON 2 LAYER MANIK EKSKLUSIF 

Selendang Half Moon Chiffon 2 Layer Manik Eksklusif

Ini adalah selendang halfmoon yang mempunyai manik yang sangat lebat di atas kepala dan di hujung selendang ini. Selendang ini mempunyai 2 lapis. Walaubagaimanapun, ianya tidak panas kerana ia diperbuat daripada kain sifon yang berkualiti tinggi.

Selendang sangat senang untuk digayakan kerana jika kena gaya dan bentuk muka kita, kita akan kelihatan sangat lain dari yang lain. Fesyen selendang juga sentiasa ada yang terbaru dan akan berubah dari masa ke masa. Oleh itu ianya bergantung kepada kita bagaimana untuk menggayakan fesyen selendang ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan