Isnin, 2 September 2013

Jenama Tudung Terkini di Malaysia


Tudung segera telah menjadi kegemaran ramai wanita di luar sana.Ini adalah kerana ianya mudah, ringkas, dan sudah pasti cantik dan terletak di kepala. Kalau dulu tudung segera atau instant ini selalunya kosong dan mempunyai hanya satu warna sahaja. Namun kini, terdapat pelbagai jenis tudung sarung segera yang telah direka untuk memenuhi kehendak pelanggan dan mengikut peredaran semasa.Mari kita lihat antara tudung instant yang selalu mendapat perhatian ramai. 

FAREEDA

 

Ini adalah antara koleksi tudung Fareeda yang mendapat tempat di hati wanita di Malaysia kini. Tudung awning 3 layer dengan kerongsang sangat diminati kerana di samping ianya cantik, ringkas dan menarik, ia juga mudah dan sangat senang untuk dipakai. Hanya perlu sarungkan dan kita sudah siap untuk keluar dengan cantik.

D'HAJA

20120806-110142.jpg

Ini pula dari koleksi D'haja. Tudung-tudung instant di sini sangat cantik dan sesuai untuk semua lapisan umur. Ianya bertambah cantik pula apabila digayakan oleh pelakon terkenal Irma Hasmie.

NAJJAH



Ini pula dari koleksi Najjah. Yang menariknya model itu adalah pengasas kepada jenama ini iaitu Farah Adeeba. Dia telah memulakan perniagaan ini pada tahun 2010 dan sehingga sekarang butiknya telah menarik minat ramai terutama golongan artis sendiri. Tudung-tudung yang terdapat di sini sangat cantik dan ada pelbagai jenis.

ARIANI

   

Koleksi Ariani juga mendapat tempat di hati wanita di Malaysia. Ini kerana ia mempunyai kepelbagaian tudung yang akan membuatkan kita rambang mata untuk memilihnya. Selain itu juga, Ariani turut menjadikan Wardina dan Ekin sebagai model untuk tudung mereka. 

Dengan menjadikan artis sebagai model untuk tudung,ini dapat menjadikan wanita-wanita di luar sana terasa ingin mengikut jejak seperti artis pujaan mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan