Jumaat, 13 September 2013

Tudung Awning pilihan Yang Sangat Tepat di Malaysia

Tudung awning atau tudung segera sangat mendapat tempat di hati para wanita di Malaysia. Ini kerana kebanyakkan wanita di Malaysia ini adalah yang berkerjaya dan mempunyai masa yang sangat terhad. Oleh itu, tudung awning atau tudung segera adalah pilihan yang sangat tepat. 

TUDUNG AWNING SIFON LAYER PLAIN BUNGA BATU 

Tudung Awning Chiffon Layer Plain Bunga Batu

Ini adalah antara salah satu koleksi tudung yang terbaru yang ada di pasaran. Warna yang digunakan adalah warna-warna yang menarik dan terang. Ditambah pula dengan corak bunga yang ditampal dan manik batu yang mmenghiasi sekeliling bunga itu menjadikan ianya sangat menarik.


TUDUNG AWNING LYCRA CEKIK TEPI
Tudung Awning Lycra Layer Cekik Tepi

Tudung awning ini pula mempunyai 2 lapis. Tona warna yang digunakan pula sangat menarik. Renda juga ditambah pada hujung tudung ini untuk mencantikkan tudung ini.

TUDUNG AWNING SIFON LAYER CORAK

Tudung Awning Chiffon Layer Corak

Ini pula tudung awning 2 lapis yang mempunyai corak yang sangat cantik. Corak yang pelbagai menjadikan tudung ini nampak menarik walaupun ianya ringkas dan hanya mempunyai 2 lapis. Warna tudung ini juga sangat menarik.

TUDUNG AWNING SIFON LAYER CORAK
Tudung Awning Chiffon Layer Corak

Tudung ini agak sama dengan tudung yang mempunyai corak di atas. Namun apa yang membezakan dengan tudung di atas ialah corak yang tertera pada tudung itu. Ini adalah corak batik yang sangat cantik. Kemudian ia ditambah dengan kombinasi warna yang sangat menarik.

Ini adalah antara koleksi tudung yang terbaru yang berada di pasaran sekarang. Wanita sekarang sangat mementingkan masa jadi kebanyakan dari mereka memerlukan tudung segera. 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan