Jumaat, 8 Mac 2013

Anak Tudung 2013

Pada masa sekarang,terdapat pelbagai cara pemakaian tudung dan trend tudung yang terkini. Kadang-kadang hingga kita tidak terkejar. Ini kerana trend ini sangat pantas,boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja trend yang muncul yang menjadi ikutan anak-anak muda zaman sekarang. Mari kita lihat antara trend yang boleh kita ikut dan masih lagi 'up to date'. 


anak tudung

Pictures of  Inner Tudung terkini 2012

Ini adalah trend tudung terkini yang telah menjadi ikutan ramai remaja. Ini adalah anak tudung yang digayakan bersama tudung segera atau tudung sarung. Apa yang menjadikannya unik ialah perhiasan bunga yang ada di 'inner' atau anak tudung itu sendiri.

anak tudung bermanik


Terdapat juga anak tudung yang mempunyai perhiasan di kepala seperti anak tudung ini. Manik-manik yang terdapat di atasnya sudah cukup membuatkan sesiapa yang memakainya tidak perlu untuk berlebihan ketika menggayakan tudung ini nanti.

tudung bawal dan anak tudung



Ini adalah salah satu contoh pemakaian anak tudung dengan tudung bawal. Gaya seperti ini perlu memakai anak tudung kerana jika tidak rambut akan kelihatan. Anak tudung yang dipakai pula dari warna yang berbeza dengan warna tudung bawal itu sendiri agar ia menjadi lebih cantik dan menyerlah.





tudung bawal

Tudung Bawal Ropol   Tudung Bawal Ropol

Kita boleh untuk memilih untuk memakai atau tidak anak tudung, Pemakaiannya bergantung kepada keselesaan kita dan tudung bawal itu sendiri. Ini kerana terdapat tudung bawal yang sangat nipis dan jarang walaupun bidang besar. Ini memerlukan pemakainan anak tudung. Dan ini adalah trend tudung bawal yang terbaru. Tudung bawal ini mempunyai ropol-ropol di bahagian tepinya.Ropol ini mempunyai warna yang berbeza dengan warna tudung ini.


tudung bawal 2 lapis



Kini terdapat juga tudung bawal yang boleh dipakai segera. Tudung ini mempunyai pelbagai jenis warna dan saiz. Tudung ini juga mempunyai perhiasan yang cantik seperti manik-manik, sulaman, dan sebagainya.


   

tudung bawal 3 lapis

Ini pula tudung bawal 3 lapis. tudung ini terdapat dalam pelbagai warna dan corak. Warna yang berwarna-warni membuatkan sesiapa yang melihat akan terasa ingin untuk membeli tudung ini. Kebanyakkan tudung ini dijual dengan kerongsang untuk menarik pelanggan.

Kini terdapat pelbagai gaya yang boleh kita ikuti dan kita adaptasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Namun terdapat juga gaya yang agak tidak elok untuk kita ikuti. Oleh itu pandai-pandailah kita dalam mengamalkan gaya hidup yang kita fikir elok untuk kita ikuti. Apa-apapun, kesederhanaan itu adalah yang lebih baik. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan