Khamis, 23 Mei 2013

Tudung Bawal Bercorak Polkadot

Polkadot merupakan antara corak yang tidak pernah ketinggalan zaman. Setiap kali pasti ada fesyen yang berkaitan dengan corak polkadot tidak kira baju, seluar mahu pun tudung. Mari kita lihat antara koleksi tudung terpilih yang mempunyai corak polkadot. 

TUDUNG BAWAL POLKADOT TONE

Tudung Bawal Polkadot Tone

Tudung ini mempunyai banyak tona warna. Gabungan warna yang digunakan pula sangat menarik dan ia mempunyai corak polkadot yang memenuhi satu tudung bawal itu sendiri.



TUDUNG BAWAL POLKADOT 2 TONE
Tudung Bawal Polkadot 2 Tone

Ini pula tudung bawal yang mempunyai banyak tona warna. Jika dipakai corak polkadot itu hanya kelihatan pada bahagian bawah tudung itu sahaja. Ini membuatkan tudung bawal itu kelihatan menarik dan warnanya yang dapat menarik perhatian.


TUDUNG BAWAL POLKADOT V-SHAPE
Tudung Bawal V-Shape Polkadot Beiber

Tudung ini sangat unik kerana ia mempunyai corak polkadot hanya pada jalur yang terdapat pada bahagian hujung tudung bawal ini. Corak yang unik ini membuatkan tudung ini sangat digemari oleh hijabista di luar sana.


TUDUNG AWNING 3 LAYER POLKADOT
 Tudung Awning 3 Layer Polkadot Lycra
Ini pula tudung segera yang bercorak polkadot. Tudung segera memang menjadi kegemaran para hijabista kerana ianya ringkas dan menjimatkan masa. Oleh itu, kebanyakkan mereka memilih yang mempunyai corak agar penampilan mereka tidak nampak kosong.


SELENDANG PANJANG POLKADOT
Selendang Panjang Polkadot

Selendang memang mempunyai ramai penggemar di luar sana. Selendang ini mempunyai banyak warna dan yang paling penting ia mempunyai corak polkadot yang besar dan membuatkan ianya nampak sangat menarik.

Corak memang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Jika kita hanya memakai pakaian yang kosong dan langsung tidak mempunyai corak penampilan kita akan nampak kosong dan tidak menarik. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan