Isnin, 20 Mei 2013

Selendang Bercorak Batik

Batik merupakan antara pakaian yang dipakai oleh orang pada zanam dulu-dulu. Kini pemakaian batik dapat kita lihat dalam selendang atau tudung di mana ia telah ditransformasikan menjadi satu rekaan yang amat unik sekali. Antara corak batik yang boleh kita lihat ialah pada tudung atau selendang ialah antaranya seperti. 


SELENDANG CORAK BATIK



Dalam selendang ini corak batik telah dilukis pada hujung bahagian selendang itu. Ini menjadikan selendang ini sangat menarik walaupun ia meletakkan sedikit sahaja corak batik. Jika kita pandai memakai selendang maka kita dapat menunjukkan corak yang cantik yang ada pada selendang tersebut.

SELENDANG PANJANG CORAK BATIK



Selendang ini pula dipenuhi dengan corak batik pada keseluruhan selendang. Warna yang digunakan pula sangat menyerlah dan kita boleh gabungkan pakaian yang mempunyai satu warna atau plain untuk disesuaikan dengan selendang ini.

TUDUNG BAWAL CORAK BATIK



Tudung bawal ini pula merupakan antara tudung yang terbaru di pasaran.Tudung ini bukan sahaja gabungan antara tudung bawal dan corak batik, tetapi juga turut menggabungkan 2 dan 3 jenis warna. Jika dapat lihat contoh tudung di atas, jenis tudung ini mengggabungkan 3 warna yang berbeza.

SELENDANG PANJANG CORAK BATIK
Selendang Panjang Corak Batik

Selendang ini juga mempunyai gabungan warna yang tersendiri. Warna yang digunakan pula sangat menyerlah iaitu warna biru dan ungu. Corak batik pula hanya ada pada bahagian tengah selendang tersebut. Ini menjadikan selendang ini amat cantik.

TUDUNG BAWAL V-SHAPE PINK BATIK
Tudung Bawal V-Shape Pink Batik

Tudung ini sangat unik kerana ia hanya mempunyai corak batik hanya pada bahagian jalur. Jika kita bijak memakai tudung ini, ia boleh menjadikan tudung ini unik kerana bahagian yang mempunyai batik akan dapat dilihat pada bahagian atas kepala.

Walaupun corak batik ada dianggap sebagai sudah tidak mengikut trend, namun ramai pereka yang terus menjadikan batik sebagai antara rekaan yang boleh diterima hingga ke hari ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan