Khamis, 2 Mei 2013

Tudung Bawal Cekik Tepi

Tudung bawal sering menjadi pilihan para penggemar tudung di negara ini. Ini kerana ia salah satu daripada tudung yang paling mudah untuk dipakai selepas tudung segera dan ia sangat-sangat mudah untuk dipakai. Mari kita lihat antara jenis-jenis tudung bawal yang paling baru yang ada di pasaran yang kita bolah cuba. 

TUDUNG BAWAL CEKIK TEPI



Ini adalah antara tudung bawal yang paling terbaru yang ada di pasaran. Tudung ini selalunya mempunyai 2 warna dan ia mempunyai perhiasan di bahagian tepi.

TUDUNG BAWAL CEKIK TEPI BATU

Tudung Bawal Cekik Tepi

Ini pula tudung bawal cekik tepi yang mempunyai batu. Tudung ini berbeza sedikit dengan tdung bawal cekik tepi biasa kerana ia tidak mempunyai batu-batu sebagai perhiasan.


TUDUNG BAWAL POLKADOTS

Tudung Bawal Polkadot 

Seperti tudung-tudung bawal lain, tudung bawal ini mempunyai saiz yang sama namun apa yang berbeza ialah ia mempinyai corak polkadot dan ia mempunyai tona warna yang berbeza. Dari warna yang terang kepada warna yang paling pudar.

TUDUNG BAWAL CORAK
Tudung Bawal Corak

Jika sekali kita melihat tudung ini kita akan menyangka ia adalah selendang. Coraknya sangat menarik dan abstrak. Pemilihan warna yang lembut juga membuatkan tudung ini sangat unik.


TUDUNG BAWAL ROPOL

Tudung Bawal Ropol

Tudung bawal ini sangat cantik kerana pada bahagian hujungnya terdapat ropol-ropol yang menambahkan lagi kecantikan tudung ini. Tudung ini mempunyai satu warna sahaja namun ropol telah menjadikan ia satu tudung yang sangat cantik.

Tudung bawal merupakan tudung yang tidak pernah kelinggan zaman. Ini kerana sentiasa ada pihak yang akan menghidupkan pemakaian tudung ini dan gaya pula sentiasa diperbaharui. Oleh itu tudung bawal tidak akan pernah ketinggalan zaman selagi ada yang terus menghidupkan tudung bawal 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan