Rabu, 15 Mei 2013

Tudung Awning Terhangat di Pasaran

Ramai dalam kalangan wanita sekarang adalah wanita yang bekerjaya. Oleh itu, mereka tidak mempunyai masa untuk diri mereka. Terutama sekali kepada yang sudah berumah tangga. Sebab itulah kebanyakkan mereka menggemari tudung jenis segera atau instant. Terdapat banyak tudung segera yang berada di pasaran yang dapat memenuhi ciri-ciri yang di diingini oleh wanita-wanita di laur sana seperti selesa dipakai, ringan, tidak mudah berkedut, dan macam-macam lagi. Mari kita lihat antara jenis-jenis tudung segera yang terbaru yang berada di pasaran.

TUDUNG AWNING 3 LAYER CHIFFON

 

Ini merupakan antara contoh tudung segera yang terbaru dipasaran. Ini adalah tudung sifon dan ia mempunyai 3 lapis. Ketiga-tiga lapisan mempunyai warna-warna yang berbeza dan menarik. Gabungan warna yang cantik membuatkan tudung yang ringkas seperti ini nampak sangat cantik.Jika ditambah pula dengan aksesori maka tudung ini akan lebih cantik.

TUDUNG AWNING 3 LAYER POLKADOTS

Tudung Awning 3 Layer Polkadot Lycra

Tudung ini tidak ringkas tetapi tidak terlalu padat dengan perhiasan. Ianya telah direka untuk mereka yang sangat-sangat tiada masa kerana tudung ini hanya perlu disarung sahaja. Ia boleh dipadankan dengan baju yang kosong atau plain kerana corak pada tudung ini sudah menjadikan ianya padat.

TUDUNG AWNING 2 LAYER LYCRA

Tudung Awning 2 Layer Lycra

Tudung ini agak sama seperti tudung awning 3 layer polkadots. Tetapi apa yang lain ialah pada coraknya. Tudung ini lebih kepada corak tribal dan ianya mempunyai corak dan warna yana sama pada bahagian awning.

TUDUNG AWNING CORAK LYCRA
Tudung Awning Corak Lycra

Tudung ini pula seperti tudung-tudung kebanyakkan yang terdapat di pasaran. Pada bahagian awning, warna yang seakan-akan sama dengan bahagian tudung. Warna yang digunakan pada bahagian awning lebih lembut dan corak yang lebih terang dan banyak pada bahagian tudung.

Ini antara tudung segera yang paling terbaru yang terdapat di pasaran sekarang. Banyak corak-corak yang menarik dan bahan yang digunakan pula daripada jenis yang sangat selesa. 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan