Khamis, 16 Mei 2013

Tudung Awning Terhangat di Pasaran - Part 2

Ini adalah sambungan tudung segera dalam entry lepas. Dalam entri ini kita akan melihat sekali lagi tentang tudung segera yang menjadi kegemaran peminat tudung segera di luar sana. 


TUDUNG AWNING 2 TONE LYCRA
Tudung Awning 2 Tone Lycra

Tudung ini sangat menarik pada warnanya. Walawpun ia hanya menggabungkan 2 warna sahaja namun ia tetap nampak menarik kerana warna yang digunakan adalah warna terang dan menyerlah. Jika kita pandai mengabungkan dengan aksesori yang sepadan, ia akan menaikkan warna dan kecantikkan tudung segera itu sendiri.

TUDUNG LYCRA CORAK AWNING
Tudung Lycra Corak Awning

Tudung segera ini sangat menarik. Ia mempunyai corak yang sama pada awning dan bahagian keseluruhannya. Ia mempunyai corak flora dan ia menggunakan warna-warna yang terang menjadikan tudung ini sangat menyerlah. Ia dapat menarik minat golongan muda kerana kebanyakkan golongan muda menyukai warna yang terang dan corak yang ceria.


TUDUNG LABUH AWNING CROWN

Tudung Labuh Awning Crown
Tudung bawal ini mempunyai sulam pada bahagian awning. Walaupun tudung bawal ini agak labuh namun ia tidak panas kerana diperbuat dari kain lycra yang sangat sesuai dengan cuaca di negara kita.


TUDUNG AWNING 2 LAYER POLKADOTS
 Tudung Awning 2 Layer Polkadot Lycra

Tudung ini sangat menarik dan akan membuatkan sesiapa yang melihatnya buat kali pertama akan membelinya. Ia mempunyai corak yang menarik dan paling utama tudung ini mempunyai perhiasan seperti batu di tengah-tengah tudung itu.

Ini adalah antara tudung-tudung segera yang terbaru yang berada di pasaran. Setiap hari pasti akan ada fesyen-fesyen terbaru yang akan diselitkan pada tudung segera. Oleh itu kita harus bijak untuk memilih yang terbaik untuk kita agar kita tidak membazir dan memakai tudung yang kita beli itu utuk sekali sahaja. Elakkan pembaziran dan amalkanlah sikap bersederhana dalam segala hal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan